Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksUnit Penerbitan Inggeris

UNIT PENERBITAN INGGERIS I, II DAN KHAS

Dinyatakan senarai penerbitan buku-buku terbitan Unit Penerbitan Inggeris I, II dan Khas seperti berikut:-

Akhbar ‘Brunei Darussalam Newsletter’

Pertama kali diterbitkan pada bulan Oktober 1985. Diterbitkan setiap bulan dan adalah sebagai alternatif kepada PB dalam bahasa Inggeris. Ia direka khas untuk pembaca luar negara dan antarabangsa dan diterbitan dalam Bahasa Inggeris. Boleh didapati di dalam laman sesawang Jabatan Penerangan dan juga Aplikasi Mudah Alih (Mobile Apps) ‘InfoDeptBN’. Semua bahan terbitan adalah dipilih khas bertujuan untuk menyebarkan unsur-unsur hal ehwal Brunei Darussalam, dasar kerajaan dan perundangan terkini, budaya, ekonomi, pendidikan dan juga hal-hal berkaitan dengan hubungan luar Brunei Darussalam yang mana semua bahan-bahan ini mungkin akan digunakan sebagai bahan rujukan bagi pemimpin antarabangsa. Brunei Darussalam Newsletter diterbitkan pada setiap bulan.

Majalah ‘Brunei Today’

Diterbitkan sebanyak empat kali setahun iaitu Edisi Mac, Jun, September dan Disember. Majalah ini mengandungi rencana yang mengetengahkan perkembangan negara seperti pembangunan ekonomi, pelancongan, sejarah, budaya, tradisi dan cara hidup, makanan dan warisan. Boleh didapati di dalam laman sesawang Jabatan Penerangan.

Buku ‘Brunei in Brief’

Diterbitkan sebanyak empat kali setahun iaitu Edisi Mac, Jun, September dan Disember. Brunei Darussalam in Brief menyediakan maklumat terkini tentang negara-negara dari latar belakang sejarahnya, negara berdaulat, rakyat, pertanian dan juga tempat-tempat menarik di Brunei Darussalam. Buku ini berguna untuk kedua-dua pelancong dan orang ramai secara umum. Boleh didapati di dalam laman sesawang Jabatan Penerangan.

Brosur ‘Brunei in Seconds’

Penerbitan ini juga berguna untuk pergi ke Brunei kerana ianya menyediakan informasi tentang tempat tinggal, tempat-tempat menarik yang boleh dilawati, pusat membeli-belah dan kedai-kedai makan yang ada di negara ini.

Buku ‘Social Customs and Courtesies of Brunei Darussalam’

Buku ini diterbitkan sebagai panduan mengenai kebudayaan Brunei, adat, etika dan kesopanan di negara ini. Ia juga membantu para pelawat dan pekerja asing untuk mengetahui budaya dan rakyat Brunei Darussalam dan membuat penginapan mereka di negara ini lebih menyenangkan.

Buku ‘Traditional Handicrafts of Brunei Darussalam’

Buku ini diterbitkan untuk memperkenalkan keindahan dan kualiti seni dan kraf tangan yang berkualiti tinggi dari Negara Brunei Darussalam yang telah dicipta oleh para petukang tangan yang berkemahiran yang telah diturunkan dari generasi ke generasi.

Buku ‘Brunei Darussalam Annual Report’

Buku ini mengandungi informasi dan maklumat setiap tahun tentang Brunei Darussalam dalam format yang disemak semula. Ciri-ciri yang berbeza dari format yang disemak ini adalah maklumat yang diringkaskan dari setiap kementerian.

Buku ‘Tranquility in Diversity 2015’

Ini adalah koleksi gambar yang dirakam di dalam dan sekitar Daerah Temburong. Penerbitan ini mempromosikan kecantikan dan aktiviti tradisional di daerah ini kepada masyarakat tempatan dan asing.

UNIT PENERBITAN INGGERIS I

 MUFIDAH.jpg

Ketua Unit

Dayang Mufidah binti Haji Abdul Hakim

Pegawai Penerangan


 NOR HANIZAH.jpg

Dayang Nor Hanizah binti Haji Abdul Halim

Penolong Penyunting Tingkat I

hanizah.halim@information.gov.bn

 HAJAH APSAH.jpg

Dayang Hajah Apsah binti Haji Sahdan  @Shadan

Penterjemah Kanan

apsah.sahdan@information.gov.bn


 SITI FAIZAHANISAH.jpg

Dayang Siti Faizahanisah binti Awang Mahani

Penyemak

faizahanisah.mahani@information.gov.bn


 AZIMAH.JPG

Dayang Azimatul Azimah binti Siti Rahmat

Penyemak

azimah.rahmat@information.gov.bn



UNIT PENERBITAN INGGERIS II

 RUHIL AMAL FARIDAH.jpg

Dayang Ruhil Amal Faridah binti Awang Yahya

Pegawai Penerangan

ruhil.yahya@information.gov.bn

 SYAKIRAH MATUSIN_PENOLONG PENYUNTING TKT II.jpg

Dayang Syakirah binti Matusin

Penolong Penyunting Tingkat II


 

Nor Zuriana Haji Azman @Malai

Penolong Pegawai Penyemak Tingkat II

Norzuriana.azman@information.gov.bn

 HAJAH MUSMARIANI.jpg

Dayang Hajah Musmariani Binti Haji Mohammad

Penterjemah

musmariani.mohammad@information.gov.bn

 HAJI MIRAZMAN.jpg

Awang Haji Mirazman bin Haji Othman

Penterjemah

mirazman.othman@information.gov.bn

 khiarul hisyam.jpg

Muhamad Khairul Hisyam bin Jaya

Penolong Penyunting Tingkat III

hisyam.jaya@information.gov.bn

 nurul hazieyah.jpg

Nurul Hazieyah binti Yusri

Penolong Penyunting Tingkat  III

Hazieyah.yusri@information.gov.bn