Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksUnit Kenegaraan dan Hubungan Masyarakat



 


KHAIRULHADI .jpg

 




Ketua Seksyen Kenegaraan & Kemasyarakatan

Awang Muhammad Khairulhadi bin Haji Muhammad Muhtaddir​

Pegawai Penerangan

khairul.muhtaddir@information.gov.bn






UNIT KENEGARAAN


TUGASAN DAN TANGGUNGJAWAB

Menganjurkan atau mengadakan program-program berbentuk kenegaraan seperti:

  • Taklimat Kenegaraan – Untuk menyebarluaskan maklumat yang dapat menimbulkan semangat kenegaraan dan kesedaran hidup berbangsa, beragama dan bernegaraberdasarkan falsafah Negara Melayu Islam Beraja (MIB) melalui Taklimat Raja Kita, Bendera Negara dan Lagu Kebangsaan dalam kalangan pelajar selaras dengan moto Jabatan Penerangan “Membudayakan Masyarakat Bermaklumat’’​.
  • Program Rakan Remaja Penerangan – Untuk meningkatkan kesedaran sivik dan membangkitkan semangat kenegaraan terutama golongan remaja di sekolah-sekolah menengah kerajaan dan swasta seluruh negara kearah pembentukan minda serta moral yang positif dengan mendekati golongan remaja melalui pelbagai kaedah penyampaian seperti Taklimat Kenegaraan, Lakonan, Tarian, Nyanyian dan Hiburan yang terarah dan terpimpin yang mana ianya akan secara tidak langsung menjadikan mereka sebagai penyalur maklumat kerajaan kepada rakan-rakan dan lingkungan keluarga mereka sendiri.
  • Pertandingan Koir Lagu Patriotik antara Mukim-mukim - Diadakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotism dikalangan penduduk mukim di seluruh daerah.
  • PENTARAMA - Untuk sama-sama berperanan dalam memberigakan hari-hari kebesaran seperti sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Hari Kebangsaan dan Istiadat Perkahwinan Diraja. Menyampaikan mesej yang membina minda masyarakat ke arah meningkatkan semangat patriotik, setiakawan bernegara, bermasyarakat dan lain-lain. Memberikan kefahaman mengenai dasar dan aktiviti kerajaan dan sekali gus akan dapat membentuk sikap masyarakat dan lain-lain.
  • Program Jerayawara Penggunaan Banner, Bendera dan Bahan Yang Berkepentingan Nasional  - Bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan orang ramai terutamanya syarikat-syarikat perniagaan tentang garispandu dan penggunaan bendera, kain rentang dan bahan-bahan yang berkepentingan nasional. Akan dilaksanakan di semua daerah melalui cawangan Jabatan Penerangan.
  • Program Perkampungan Sivik Lepasan Ijazah - Menyampaikan dan membarigakan maklumat rasmi mengenai Negara dan peranan serta usaha-usaha agensi kerajaan dalam pembangunan Negara melalui taklimat dan lawatan supaya para peserta akan bergiat aktif dalam aktiviti kenegaraan, kesukarelawan, keusahawanan, keagamaan dan kemasyarakatan. Memupuk sifat kepimpinan dan meningkatkan semangat kerja berpasukan dan  bekerjasama serta mengeratkan silaturrahim melalui aktiviti-aktiviti berpasukan. Meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan kefahaman mengenai Negara dan menjana pemikiran dan persepsi positif melalui sesi aktiviti perbincangan agar mereka menjadi generasi yang lebih berwibawa, mampu berpandangan jauh dan mempunyai mindset yang proaktif dan bernilai tambah (added value). Menggalakkan budaya hidup secara berkelompok untuk menanamkan nilai-nilai bermasyarakat​.

hijrah.jpg

 


Ketua Unit

Dayang Hajah Noorhijrah binti Haji Idris

Penolong Pegawai Penerangan

noorhijrah.idris@information.gov.bn 


ZURAIRAH.JPG

 


Dayang Zurairah binti Haji Lisa

Pegawai Luar Penerangan

zurairah.lisa@information.gov.bn 


SITI NORASILAH.jpg

 


Dayang Siti Norasilah @ Anisah binti Awang Asli 
Pembantu Pegawai Luar Penerangan

anisah.asli@information.gov.bn


ARIF MATALI.jpg

 


Awang Mohammad Arif bin Matali

Pembantu Pegawai Luar Penerangan

arif.matali@information.gov.bn


HAJI ABDUL AZIM.jpg

 


Awang Haji Abdul Azim @ Haji Mu'az bin Haji Tujoh

Pembantu Pegawai Luar Penerangan

azim.tujoh@information.gov.bn


SITI NOOR ZAIRINAH.jpg




Dayang Siti Noor Zairinah Binti Haji Zaini

Pembantu Pegawai Luar Penerangan

zairinah.zaini@information.gov.bn




UNIT HUBUNGAN MASYARAKAT


TUGASAN DAN TANGGUNGJAWAB

Menganjurkan atau mengadakan program-program berbentuk kemasyarakatan seperti:

  • Program Sua Muka - Personal Contact (diadakan di peringkat Kampong) Program yang bersifat personal dan interaksi yang berkesan dimana pihak jabatan akan turun padang bagi menyampaikan maklumat kepada masyarakat dan mendapatkan isu-isu dan pendapat serta cadangan penambahbaikan yang perlu diambil perhatian melalui peringkat pemimpin-pemimpin akar umbi. Pendekatan seperti ini sesuai dengan peranan Jabatan sebagai lidah, mata dan telinga kerajaan untuk menunjukkan keprihatinan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam terhadap apa jua perkembangan, kemajuan serta masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat dan masyarakat.
  • Program Muzakarah Penerangan - PMP (diadakan di peringkat Mukim) - Program ini seakan-akan sama seperti Program Sua Muka dari segi mendapatkan isu-isu, pendapat serta cadangan daripada penduduk mukim & kampung melalui pemimpin-pemimpin akar umbi. Walau bagaimanapun, perbezaan Program Muzakarah Penerangan dengan Program Sua Muka adalah dari segi format program ini, yang mana ianya berbentuk sesi dialog iaitu secara berinteraksi dua hala di antara penduduk mukim dengan agensi-agensi Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
  • Program Awasi Anak Kitani – AAK (mukim) Program Awasi Anak Kitani diadakan dengan kerjasama Biro Kawalan Narkotik, Jabatan Keselamatan Dalam Negara & Pejabat Peguam Negara (jenayah siber) & ITPSS Sdn Bhd. Diadakan bagi mewujudkan kesedaran ibu bapa tentang pencegahan, pengawalan dan pengawasan anak masing-masing daripada penyalahgunaan dadah dan juga gejala-gejala yang tidak sihat. Program ini bertujuan membarigakan maklumat tentang keburukan dadah dan penyalahgunaan media sosial; dan memastikan anak-anak bangsa (terutamanya belia) bergerak sihat dan cergas untuk sama-sama membangun Negara.
  • Program Masyarakat Bermaklumat – PMB Merupakan satu landasan untuk menyampaikan maklumat rasmi kepada penduduk mukim dan kampung mengenai dasar dan maksud kerajaan melalui penyampaian taklimat, sesi dialog dan lawatan. Lebih fokus dengan skop pengisian maklumat yang disampaikan kepada anggota masyarakat iaitu mengikut tajuk taklimat dan tempat lawatan yang dipilih dan dipersetujui oleh mukim dan kampung tertakluk kesesuaiannya.

HASANUL HIDAYAT.jpg



Ketua Unit

Awang Hasanul Hidayat bin Haji Abu Bakar

Penolong Pegawai Penerangan

hasanul.abubakar@information.gov.bn


PG EMRAN.jpg

 


Pengiran Emran bin Pengiran Haji Salleh

Pegawai Luar Penerangan

emran.salleh@information.gov.bn


ALIASAN.jpg

 


Awang Aliasan bin Haji Kalong

Pembantu Pegawai Luar Penerangan

aliasan.kalong@information.gov.bn


MOHD SUHUD1.jpg



Awang Mohd Suhud bin Hj Bungsu

Pembantu Pegawai Luar Penerangan

suhud.bungsu@information.gov.bn


BAZLAN.jpg



Awang Bazlan bin Haji Besar

Pembantu Pegawai Luar Penerangan

bazlan.besar@information.gov.bn


HAJI MAHMUD HAFIDZIE.jpg

 



Awang Haji Mahmud Hafidzie bin Haji Awang Ali Mashod

Pembantu Pegawai Luar Penerangan

hafidzie.mashod@information.gov.bn