Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPermohonan Pas Media

Permohonan Pas Media

 

Negara Brunei Darussalam mengalu-alukan kehadiran wartawan dan media ke negara ini. Untuk tujuan ini, pihak Kerajaan telah melantik Jabatan Penerangan sebagai penyelaras media bagi wartawan dan media lain yang akan berkunjung ke negara ini. Jabatan ini melalui Unit Perhubungan Awam dan Perkhidmatan Media berusaha untuk membantu dalam perkara ini.

 

Permohonan pas media akan diproses oleh Jabatan Penerangan di Negara Brunei Darussalam setelah mendapat kebenaran dari Jabatan Perdana Menteri. Jabatan ini akan mendapatkan penjelasan daripada pemohon atau agensi yang mencalonkan sekiranya ada keperluan.

 

Semua wakil media dikehendaki untuk melampirkan:

  1. Satu salinan pasport (yang menunjukkan tarikh mansuh)
  2. Satu salinan gambar berwarna berukuran passport (softcopy)
  3. Pas atau pengenalan media yang dikeluarkan oleh agensi bertugas
  4. Surat Tugasan
  5. Surat Kebenaran dari agensi-agensi berkaitan (Kementerian-kementerian atau Jabatan-jabatan berkaitan seperti Jabatan Kemajuan Pelancongan bagi tempat-tempat menarik, Jabatan Penerbangan Awam bagi Penggunaan Drone dan lain-lain)
  6. Senarai Peralatan (khusus media luar negeri)

 

Borang yang telah lengkap diisikan hendaklah dihantar ke alamat berikut dua (2) minggu sebelum tarikh ketibaan:

 

Pengarah

Jabatan Penerangan

Jabatan Perdana Menteri

Lapangan Terbang Lama, Berakas BB3510

Negara Brunei Darussalam

Emel: mediaservices@information.gov.bn

Pas akreditasi hendaklah diambil di Unit Perhubungan Awam dan Perkhidmatan Media, Jabatan Penerangan sebaik sahaja tiba di negara ini.

 

Semasa di Brunei Darussalam, para wartawan hendaklah mematuhi undang-undang dan peraturan di negara ini. Jabatan Penerangan berhak untuk menolak permohonan tanpa memberi alasan atau menarik balik kebenaran sekiranya perlu.

 

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi talian +673 2383400 sambungan 402 atau emel ke: mediaservices@information.gov.bn.

Untuk mendapatkan Borang Permohonan Media, sila tekan pautan di bawah:

‚Äč


Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

 
Unit Perhubungan Awam dan Perkhidmatan Media
Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri
Tel: (673) 2383 400 ext 402
Fax: (673) 2382 242
Email: mediaservices@information.gov.bn