Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPerkhidmatan Jabatan

PRODUK & PERKHIDMATAN JABATAN PENERANGAN



i.                Perkhidmatan Pembesar Suara (Sistem PA) : Perkhidmatan ini diberikan untuk kegunaan acara-acara rasmi terutama yang dikendalikan oleh agensi-agensi kerajaan.

Sebarang permohonan untuk menggunakan perkhidmatan ini bolehlah menghantar emel ke pr@information.gov.bn.

 

ii.             Pusat Rujukan Penerangan : Orang ramai dialu-alukan untuk menggunakan perpustakaan jabatan. Antara bahan-bahan yang terdapat di perpustakaan ini ialah bahan-bahan terbitan jabatan seperti koleksi Pelita Brunei, himpunan titah dan himpunan sabda.

Perpustakaan ini terletak di aras 2, bangunan asal Jabatan Penerangan dan dibuka pada setiap hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan dari 2.00 petang hingga 4.00 petang.

 

iii.            Permintaan gambar-gambar : 

Galeri Infofoto :  Galeri ini boleh dilayari di alamat www.infofoto.gov.bn. Ianya menempatkan gambar-gambar bagi acara-acara negara terutama yang melibatkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta kerabat diraja. 

Jika awda berhasrat untuk mendapatkan gambar-gambar yang terdapat di laman sesawang ini bolehlah mengunjungi Unit Fotografi dan mengisikan borang yang disediakan. Borang tersebut bolehlah dimuat turun dari laman sesawang jabatan.

Selain itu jabatan ini juga menerima permohonan terutama dari agensi-agensi kerajaan untuk membuat liputan penggambaran bagi acara-acara atau majlis tertentu seperti acara di peringkat negara. 

 

iv.            Liputan berita: Jabatan ini juga menyediakan perkhidmatan liputan berita dan gambar melalui akhbar Pelita Brunei. 

Agensi-agensi kerajaan, swasta atau orang ramai yang berhasrat untuk mendapatkan liputan bolehlah menghubungi jabatan ini melalui emel pr@information.gov.bn atau pelita.brunei@information.gov.bn atau faks ke  +673 2 382242.

 

v.             Akreditasi media: Media yang membuat liputan di negara ini hendaklah memohon pas akreditasi media dari jabatan ini. Borang permohonan bolehlah dimuat turun dari laman sesawang jabatan dan diemelkan ke mediaservices@information.gov.bn.