Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksMoU Brunei Darussalam dan Thailand

Memorandum Persefahaman di antara

Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan

dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

dan

Kerajaan Negeri Thailand

Mengenai Kerjasama dalam Bidang Penyiaran dan Penerangan

 

 

Latar Belakang

Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan Kerajaan Negeri Thailand mengenai Kerjasama dalam Bidang Penyiaran dan Penerangan telah ditandatangani oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri  Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Negara Brunei Darussalam (kini dikenali sebagai Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan) dan Tuan Yang Terutama Dr. Suraklart Sathirathai, Menteri Luar Negeri, Thailand pada 16 Ogos 2001 di Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.

 

Tujuan utama memorandum persefahaman ini adalah untuk meningkatkan kerjasama antara agensi penyiaran dan penerangan kedua-dua buah negara. Memorandum ini juga memberi tumpuan kepada pembangunan sumber manusia melalui latihan dan pendidikan, pembangunan penyelidikan dan teknologi komunikasi dan juga program pertukaran televisyen.

 

Mesyuarat pertama Jawatankuasa Teknikal Bersama dalam Bidang Penyiaran dan Penerangan telah diadakan pada 13 hingga 15 Mei 2002 di Bangkok. Delegasi Thailand diketuai oleh Mr Sunchat Suchatvejapoon, Ketua Pengarah, Jabatan Perhubungan Awam, Thailand. Manakala delegasi Brunei Darussalam diketuai oleh Dato Paduka Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah, Setiausaha Tetap, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam (kini dikenali sebagai Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan).

 

Beberapa perkara telah dipersetujui, hasil daripada mesyuarat itu, di antara kedua-dua pihak dalam bersama-sama menghasilkan pemahaman yang bertujuan untuk meningkatkan kerjasama antara Jabatan Penerangan dan Penyiaran Thailand, dan Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri. Dari peringkat awal mesyuarat sehingga kini, kedua-dua belah pihak bersetuju dalam beberapa tempat bidang kerja berpasukan seperti:

 

Kerjasama Penerangan

  • Pertukaran Penerbitan
  • Lawatan Pertukaran Pegawai Penerangan dan Media Cetak
  • Program Pameran Bersama
  • Program Pertukaran kandungan Media melalui Internet

 

 

Bidang Televisyen

  • Pertukaran Program Televisyen
  • Pertukaran Lawatan Kumpulan Dokumentari
  • Penerbitan Pertunjukan Pelbagai Muzik Televisyen Bersama
  • Latihan

 

Kerjasama Berita TV

  • Pertukaran Lawatan Kumpulan Berita
  • Pertukaran Bahan Berita (termasuk melalui Internet)
  • Kerjasama Berita TV
  • Projek Pertukaran Bahan-bahan Rencana
  • Acara Sukan SEA
  • Berita Andaman
  • Stesen Radio Berkembar
  • Program Pertukaran DJ / Penyampai Radio

 

Bidang Radio

  • Pertukaran Program Radio
  • Stesen Radio Berkembar
  • Pertukaran Lawatan Kumpulan Penerbitan Radio
  • Muzik Tradisional Secara Siaran Langsung