Pengiran Mohd Yusof bin Pengiran Haji Abdul Rahim (kini dikenali sebagai Yang Amat Mulia Pengiran Setia Negara Pengiran (Dr.) Haji Mohd Yusof bin Pengiran Haji Abdul Rahim) dilantik sebagai Pegawai Penerangan pertama di negara ini.
Bilik Bacaan Penerangan ditubuhkan di Pekan Bangar, Daerah Temburong (Oktober 1957) dan di Daerah Tutong pada tahun berikutnya (1958).
Dengan penubuhan Perkhidmatan Radio Brunei pada tahun 1957, Perkhidmatan Penerangan memberikan subsidi untuk membeli radio-radio dengan bayaran ansuran bulanan dalam tempoh setahun. Pada tahun 1958, Perkhidmatan Penerangan telah menjual sebanyak 1048 set radio ke seluruh bandar.