{"id":7269,"date":"2026-04-27T11:02:08","date_gmt":"2026-04-27T03:02:08","guid":{"rendered":"https:\/\/www.information.gov.bn\/?p=7269"},"modified":"2026-10-14T11:05:21","modified_gmt":"2026-10-14T03:05:21","slug":"sabda-dpmm-di-majlis-perasmian-musabaqah-membaca-al-quran-bahagian-dewasaperingkat-akhir-kebangsaan-tahun-1447-2026-malam-pertama","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.information.gov.bn\/ingerris\/2026\/04\/27\/sabda-dpmm-di-majlis-perasmian-musabaqah-membaca-al-quran-bahagian-dewasaperingkat-akhir-kebangsaan-tahun-1447-2026-malam-pertama\/","title":{"rendered":"Sabda DPMM Di Majlis Perasmian Musabaqah Membaca Al-Qur\u2019an Bahagian DewasaPeringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1447 \/ 2026 (Malam Pertama)"},"content":{"rendered":"<div data-elementor-type=\"wp-post\" data-elementor-id=\"7269\" class=\"elementor elementor-7269\" data-elementor-post-type=\"post\">\n\t\t\t\t<div class=\"elementor-element elementor-element-180a813 e-con e-atomic-element e-flexbox-base e-default-div e-180a813-567d913\" data-id=\"180a813\" data-element_type=\"e-flexbox\" data-e-type=\"e-flexbox\" data-interaction-id=\"180a813\">\n    <div class=\"elementor-element elementor-element-3ac169d e-flex e-con-boxed e-con e-parent\" data-id=\"3ac169d\" data-element_type=\"container\" data-e-type=\"container\">\n\t\t\t\t\t<div class=\"e-con-inner\">\n\t\t\t\t<div class=\"elementor-element elementor-element-8171afd elementor-widget elementor-widget-text-editor\" data-id=\"8171afd\" data-element_type=\"widget\" data-e-type=\"widget\" data-widget_type=\"text-editor.default\">\n\t\t\t\t\t\t\t\t\t<p style=\"text-align: center;\"><strong>SABDA<\/strong><\/p><p style=\"text-align: center;\"><strong>DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA<br \/>PENGIRAN MUDA HAJI AL-MUHTADEE BILLAH<br \/><\/strong><strong>IBNI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA<br \/>SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU\u2019IZZADDIN WADDAULAH,<br \/>MENTERI KANAN DI JABATAN PERDANA MENTERI<\/strong><\/p><p style=\"text-align: center;\"><strong>\u00a0<\/strong><\/p><p style=\"text-align: center;\"><strong>DI MAJLIS PERASMIAN MUSABAQAH MEMBACA AL-QUR\u2019AN BAHAGIAN DEWASA<br \/><\/strong><strong>PERINGKAT AKHIR KEBANGSAAN TAHUN 1447 \/ 2026 (MALAM PERTAMA)<\/strong><\/p><p style=\"text-align: center;\"><strong>BERTEMPAT <\/strong><strong>DEWAN PLENARY<br \/><\/strong><strong>PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA,<br \/>NEGARA BRUNEI DARUSSALAM<\/strong><\/p><p style=\"text-align: center;\"><strong>\u00a0<\/strong><\/p><p style=\"text-align: center;\"><strong>PADA<br \/><\/strong><strong>HARI ISNIN MALAM SELASA<br \/>10HB ZULKAEDAH 1447<br \/>BERSAMAAN 27HB APRIL 2026<\/strong><\/p><p style=\"text-align: center;\"><strong>\u00a0<\/strong><\/p><p style=\"text-align: center;\"><strong>\u00a0<\/strong><\/p><p style=\"text-align: center;\">Assalamu \u2019Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillah Hir Rahman Nir Rahim<\/p><p style=\"text-align: center;\"><strong>Alhamdulillahi Rabbil \u2018Aalameen, Wassalaatu Wassalaamu \u2018Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidinaa Muhammadin, Wa\u2019alaa Aalihee Wasahbihee Ajma\u2019een, Waba\u2019du.<\/strong><\/p><p style=\"text-align: center;\">\u00a0<\/p><p style=\"text-align: center;\">Alhamdulillah, setinggi puji dan syukur dipanjatkan ke hadhrat Allah <em>Subhanahu Wata\u2019ala <\/em>kerana dengan izin serta limpah rahmat-Nya jua, kita dapat hadir dan berhimpun malam ini bagi mendengarkan dan menghayati bersama lantunan kalam Allah dalam Majlis Musabaqah Membaca Al-Qur\u2019an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1447 Hijrah.<\/p><p style=\"text-align: center;\">Majlis Musabaqah ini merupakan wadah penting dalam usaha berterusan negara untuk memartabatkan Al-Qur\u2019an sebagai syiar serta pegangan dan panduan hidup yang syumul. Musabaqah yang kini memasuki tahun ke-67 membuktikan pemerkasaannya yang terus subur dengan peredaran masa.<\/p><p style=\"text-align: center;\">Tema tahun ini, <strong>\u201cMengukuhkan Pembelajaran Al-Qur\u2019an dan Menghayati Ajarannya\u201d<\/strong>, menyeru kepada seluruh lapisan masyarakat untuk bersama-sama menjunjung dan menanai tanggungjawab serta amanah yang sangat besar ini.<\/p><p style=\"text-align: center;\">Ayat-ayat suci Al-Qur\u2019an bukan untuk dilafazkan semata-mata. Kalamullah diturunkan untuk dibaca dengan hati yang hadir, difahami dengan akal yang terbuka, dan dihidupkan dalam setiap tindak-tanduk kehidupan. Allah <em>Subhanahu Wata\u2019ala <\/em>berfirman dalam Surah Shad, ayat 29, tafsirnya:<\/p><p style=\"text-align: center;\"><strong>\u201c(Al-Qur\u2019an ini ialah) sebuah kitab yang Kami telah turunkan kepadamu (Wahai Nabi Muhammad), yang mengandungi berkat, supaya mereka memikirkan dengan teliti kandungan ayat-ayatnya dan supaya orang-orang yang mempunyai akal dapat mengambil pengajaran.\u201d<\/strong><\/p><p style=\"text-align: center;\">\u00a0<\/p><p style=\"text-align: center;\">Justeru, Majlis Musabaqah ini bukan semata-mata tentang pertandingan. Ia adalah usaha bersama untuk menyemai dan memperkukuh kecintaan hakiki terhadap Al-Qur\u2019an, membentuk sahsiah dan kerohanian generasi muda menjadi pewaris yang berpegang teguh kepada tauhid.<\/p><p style=\"text-align: center;\">Di sebalik membaca dengan tartil, Allah <em>Subhanahu Wata\u2019ala <\/em>juga memperingatkan kita dalam Surah Muhammad, ayat 24, iaitu tentang hikmah serta tuntutan yang lebih besar dalam menyantuni kitabullah sepertimana tafsirnya:<\/p><p style=\"text-align: center;\"><strong>\u201cMaka tidakkah mereka memperhatikan Al-Qur\u2019an ataukah hati mereka terkunci?\u201d<\/strong><\/p><p style=\"text-align: center;\">\u00a0<\/p><p style=\"text-align: center;\">Paduka Ayahanda memperingatkan sempena Majlis Musabaqah tahun lalu bahawa <strong>\u201cAl-Qur\u2019an bukan sekadar bacaan, tetapi sebuah manual kehidupan yang mendidik akal-budi untuk mengenal hikmah dan kebenaran\u201d<\/strong>.<\/p><p style=\"text-align: center;\">Titah Paduka Ayahanda itu menegaskan bahawa penghayatan Al-Qur\u2019an bukan sahaja membentuk insan yang bertaqwa, bahkan turut melahirkan akal yang tajam dan jiwa yang berilmu.<\/p><p style=\"text-align: center;\">Pada hemat Saya, \u201cCelik Al-Qur\u2019an\u201d bermaksud lebih daripada sekadar keupayaan membaca. Ia menuntut generasi yang memahami apa yang dibacanya, lidah serta hatinya sentiasa tergerak oleh kehalusan kalam Allah, dan yang menjadikan Al-Qur\u2019an sebagai pegangan terunggul dalam mendepani sebarang bentuk cabaran kehidupan. Perkara ini seiring dengan aspirasi negara, iaitu untuk secara berterusan memelihara kesejahteraan rakyat dan tanah air tercinta melalui gagasan pembangunan yang menyeluruh merangkumi aspek spiritual, intelektual, ekonomi, dan sosial.<\/p><p style=\"text-align: center;\">Dalam hubungan ini, Saya menyambut baik dan menghargai komitmen berterusan semua pihak khasnya ke arah mempergiat serta mengembangkan pelbagai program \u201cCelik Al-Qur\u2019an\u201d termasuk kelas-kelas tadabbur untuk seluruh peringkat masyarakat. Insiatif sepadu pelbagai pihak berkepentingan ini telah semakin dipermudahkan melalui berbagai kemudahan digital, termasuk rakaman audio bacaan Al-Qur\u2019an dan rancangan televisyen berkonsepkan pembelajaran Al-Qur\u2019an yang boleh diakses melalui saluran media rasmi Kerajaan RTBGo menurut kesesuaian masa setiap pencinta ilmu.<\/p><p style=\"text-align: center;\">Mereka yang berpegang teguh kepada Al-Qur\u2019an adalah juga mereka yang lebih kukuh dalam berhadapan dengan pengaruh negatif luar, serta lebih terdidik untuk mengenal dan memperkasa nilai-nilai falsafah negara Melayu Islam Beraja. Di sinilah peranan kita semua untuk terus berusaha mengisi kehidupan dengan mendidik akal-budi yang berupaya mengenal \u201chikmah dan kebenaran\u201d yang dimaksudkan.<\/p><p style=\"text-align: center;\">Akhir kata, dengan lafaz kalimah agung <strong>\u201cBismillah Hir Rahman Nir Rahim\u201d<\/strong>, selawat serta salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad <em>Sallallahu \u2018Alaihi Wasallam<\/em>, Saya sukacita merasmikan <strong>Musabaqah Membaca Al-Qur\u2019an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan bagi Tahun 1447 Hijrah.<\/strong><\/p><p style=\"text-align: center;\">\u00a0<\/p><p style=\"text-align: center;\">Sekian, Wabillahit Taufiq Wal-hidayah, Wassalamu \u2019Alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.<\/p>\t\t\t\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\n<\/div>\n\t\t<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SABDA DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTAPENGIRAN MUDA HAJI AL-MUHTADEE BILLAHIBNI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDASULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU\u2019IZZADDIN WADDAULAH,MENTERI KANAN DI JABATAN PERDANA MENTERI \u00a0 DI MAJLIS PERASMIAN MUSABAQAH MEMBACA AL-QUR\u2019AN BAHAGIAN DEWASAPERINGKAT AKHIR KEBANGSAAN TAHUN 1447 \/ 2026 (MALAM PERTAMA) BERTEMPAT DEWAN PLENARYPUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA,NEGARA BRUNEI [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"class_list":["post-7269","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-sabda"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.information.gov.bn\/ingerris\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7269","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.information.gov.bn\/ingerris\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.information.gov.bn\/ingerris\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.information.gov.bn\/ingerris\/wp-json\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.information.gov.bn\/ingerris\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7269"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/www.information.gov.bn\/ingerris\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7269\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7276,"href":"https:\/\/www.information.gov.bn\/ingerris\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7269\/revisions\/7276"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.information.gov.bn\/ingerris\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7269"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.information.gov.bn\/ingerris\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7269"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.information.gov.bn\/ingerris\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7269"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}