{"id":7148,"date":"2026-08-26T15:50:05","date_gmt":"2026-08-26T07:50:05","guid":{"rendered":"https:\/\/www.information.gov.bn\/?p=7148"},"modified":"2026-10-12T15:52:32","modified_gmt":"2026-10-12T07:52:32","slug":"titah-kdymm-sempena-majlis-konvokesyen-kali-ke-14-universiti-teknologi-brunei-utb","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.information.gov.bn\/ingerris\/2026\/08\/26\/titah-kdymm-sempena-majlis-konvokesyen-kali-ke-14-universiti-teknologi-brunei-utb\/","title":{"rendered":"Titah KDYMM Sempena Majlis Konvokesyen Kali Ke-14 Universiti Teknologi Brunei (UTB)"},"content":{"rendered":"<div data-elementor-type=\"wp-post\" data-elementor-id=\"7148\" class=\"elementor elementor-7148\" data-elementor-post-type=\"post\">\n\t\t\t\t<div class=\"elementor-element elementor-element-e9f5898 e-con e-atomic-element e-flexbox-base e-default-div e-e9f5898-5c12a1c\" data-id=\"e9f5898\" data-element_type=\"e-flexbox\" data-e-type=\"e-flexbox\" data-interaction-id=\"e9f5898\">\n    <div class=\"elementor-element elementor-element-0388f7c e-flex e-con-boxed e-con e-parent\" data-id=\"0388f7c\" data-element_type=\"container\" data-e-type=\"container\">\n\t\t\t\t\t<div class=\"e-con-inner\">\n\t\t\t\t<div class=\"elementor-element elementor-element-5754155 elementor-widget elementor-widget-text-editor\" data-id=\"5754155\" data-element_type=\"widget\" data-e-type=\"widget\" data-widget_type=\"text-editor.default\">\n\t\t\t\t\t\t\t\t\t<p style=\"text-align: center;\"><strong>TITAH<\/strong><strong>\u00a0<\/strong><\/p><p style=\"text-align: center;\"><strong>KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA\u00a0<\/strong><strong><br \/>SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU\u2019IZZADDIN WADDAULAH IBNI\u00a0<br \/>AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR \u2018ALI SAIFUDDIEN SA\u2019ADUL KHAIRI WADDIEN, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM<\/strong><\/p><p style=\"text-align: center;\"><strong>\u00a0<\/strong><strong><br \/>SEMPENA<br \/>MAJLIS KONVOKESYEN KALI-14<br \/><\/strong><strong>UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI DARUSSALAM<br \/><\/strong><strong>(UTB)<\/strong><\/p><p style=\"text-align: center;\"><strong>\u00a0PADA HARI RABU<\/strong><strong><br \/>13 RABIULAWAL 1448\/<br \/><\/strong><strong>26 OGOS 2026<\/strong><strong>\u00a0<\/strong><\/p><p style=\"text-align: center;\"><strong>\u00a0BERTEMPAT<\/strong><strong><br \/>PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA<br \/><\/strong><strong>NEGARA BRUNEI DARUSSALAM<\/strong><\/p><p style=\"text-align: center;\"><strong>\u00a0<\/strong>Assalamu\u2019alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh<br \/>Bismillaahir Rahmaanir Raheem<\/p><p style=\"text-align: center;\">\u00a0Alhamdulillah Rabbil \u2018Alameen, Wabihiee Nasta\u2019eenu \u2018Alaa Umuuriddunya Wadden, Wassalaatu\u2019 Wassalaamu \u2018Ala Asyarafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa\u2019alaa Aalihee Wasahbihee Ajma\u2019een, Waba\u2019du.<\/p><p style=\"text-align: center;\">Beta bersyukur ke hadrat Allah <em>Subhanahu Wata\u2019ala<\/em> kerana dengan izinNya jua, dapatlah kita hadir di <strong>Majlis Konvokesyen Kali Ke-14 Universiti Teknologi Brunei <\/strong>pada hari ini.<\/p><p style=\"text-align: center;\">Dalam kesempatan ini, Beta mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada para graduan yang diraikan atas kejayaan mereka menamatkan pengajian masing-masing. Semoga kejayaan ini akan jadi pemangkin bagi kecemerlangan berterusan di masa hadapan. Ucapan tahniah juga kepada para ibu bapa dan penjaga serta tenaga pengajar yang sentiasa memberikan dorongan sehingga para graduan beroleh kejayaan.<\/p><p style=\"text-align: center;\">Pada tahun ini, Universiti Teknologi Brunei telah genap 40 tahun penubuhannya. Sepanjang tempoh tersebut, universiti ini telah berkembang daripada sebuah institut teknologi kepada sebuah universiti yang diiktiraf di peringkat global.<\/p><p style=\"text-align: center;\">Alhamdulillah, pencapaian ini telah memperteguh lagi peranan dan sumbangan UTB dalam pembangunan pendidikan tinggi negara, yang menjadikannya semakin dikenali di peringkat serantau dan antarabangsa.<\/p><p style=\"text-align: center;\">Dalam era teknologi berkembang pesat, Beta gembira melihat teknologi baharu terus membuka ruang kepada pembangunan bakat dan kepakaran anak tempatan. Pada\u00a0 masa ini, teknologi baharu seperti Kecerdasan Buatan<em> (Artificial intelligence \u2013 AI) <\/em>dapat dimanfaatkan untuk memperkaya pengalaman dan meningkatkan keberkesanan pengajaran.<\/p><p style=\"text-align: center;\">\u00a0Namun dalam pendidikan, Beta berpendapat, penggunaan teknologi ini hendaklah kekal berteraskan manusia <em>(human-centric technology), <\/em>bukan untuk menggantikan tenaga kerja secara keseluruhan. AI sama sekali tidak boleh menggantikan fungsi akal, walaupun ia mampu untuk memproses data dengan amat pantas, kerana AI tidak mempunyai jiwa dan pertimbangan moral yang hakiki. AI hanya alat untuk membantu manusia memperolehi maklumat, sedang maklumat pula mesti disemak dan dinilai kebenarannya oleh manusia.<\/p><p style=\"text-align: center;\">\u00a0Pada hemat Beta, setelah empat dekad negara membina keupayaan melalui penubuhan institusi-institusi pengajian tinggi (IPT), maka keupayaan ini sewajarnyalah dapat membuka lembaran baharu bagi IPT memainkan peranannya lebih besar dalam memperkukuh ekosistem inovasi, dan sekali gus memperluaskan lagi sumbangannya kepada negara. Ke arah itu, Beta menyarankan supaya semua IPT mengambil langkah proaktif memperkemas dasar masing-masing.<\/p><p style=\"text-align: center;\">\u00a0Beta telah difahamkan bahawa UTB sedang giat mempertingkatkan keupayaan makmal-makmalnya ke arah pensijilan dan akreditasi antarabangsa. Usaha ini juga mampu untuk memantapkan lagi kualiti infrastruktur negara serta memperluaskan sumbangan universiti kepada perkembangan industri berasaskan pengetahuan. Kemajuan di sini tidak dapat dicapai secara bersendirian, melainkan ada kerjasama diantara universiti, industri dan agensi berkepentingan.<\/p><p style=\"text-align: center;\">\u00a0Sememangnya kolaborasi strategik antara universiti dan pihak berkepentingan adalah tunjang kepada usaha UTB dalam menangani isu pengangguran melalui penyediaan graduan yang mahir secara praktikal. Menerusi perkongsian teknologi dan kepakaran, akan mampu untuk merapatkan jurang ketidakpadanan <em>(mismatch) <\/em>antara kelulusan akademik dan keperluan sebenar pasaran kerja masa kini.<\/p><p style=\"text-align: center;\">\u00a0Menyentuh mengenai penyelidikan dan pembangunan, Beta berharap supaya usaha-usaha yang dilaksanakan oleh UTB akan terus memantapkan keupayaan inovasi universiti. Inovasi ini tidak boleh bermula dan berakhir di dalam makmal semata-mata, tetapi mesti dipacu oleh minda yang kreatif dan rantaian kolaborasi strategik antarabangsa.<\/p><p style=\"text-align: center;\">\u00a0Demi mendukung hasrat suci, UTB perlu memastikan program-program yang ditawarkannya sentiasa responsif terhadap perubahan industri, supaya setiap graduan memiliki kebolehpasaran yang tinggi. Namun Beta ingin berpesan, apapun ilmu yang diburu, Islam sama sekali jangan dipinggirkan. Kerana Islam itu adalah suluh segala ilmu dan jalan lurus yang tidak pernah bengkok-bengkok.<\/p><p style=\"text-align: center;\">\u00a0Untuk akhirnya, Beta merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua warga UTB, yang merangkumi Ahli-Ahli Majlis dan Senat, Naib Canselor, Pegawai-Pegawai Utama, ahli akademik, pegawai dan kakitangan, atas segala sumbangan dan perkhidmatan mereka. Beta berdo\u2019a semoga Allah Subhanahu Wata\u2019ala akan memberkati segala usaha kita dan mengurniakan ganjaran yang berlipat ganda.<\/p><p style=\"text-align: center;\">\u00a0Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu \u2018Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.<\/p><p style=\"text-align: center;\">*\u00a0 \u00a0*\u00a0 \u00a0*<\/p>\t\t\t\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\n<\/div>\n\t\t<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TITAH\u00a0 KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA\u00a0SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU\u2019IZZADDIN WADDAULAH IBNI\u00a0AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR \u2018ALI SAIFUDDIEN SA\u2019ADUL KHAIRI WADDIEN, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM \u00a0SEMPENAMAJLIS KONVOKESYEN KALI-14UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI DARUSSALAM(UTB) \u00a0PADA HARI RABU13 RABIULAWAL 1448\/26 OGOS 2026\u00a0 \u00a0BERTEMPATPUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSANEGARA BRUNEI DARUSSALAM \u00a0Assalamu\u2019alaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillaahir Rahmaanir Raheem \u00a0Alhamdulillah Rabbil [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"class_list":["post-7148","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-titah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.information.gov.bn\/ingerris\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7148","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.information.gov.bn\/ingerris\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.information.gov.bn\/ingerris\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.information.gov.bn\/ingerris\/wp-json\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.information.gov.bn\/ingerris\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7148"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/www.information.gov.bn\/ingerris\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7148\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7152,"href":"https:\/\/www.information.gov.bn\/ingerris\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7148\/revisions\/7152"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.information.gov.bn\/ingerris\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7148"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.information.gov.bn\/ingerris\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7148"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.information.gov.bn\/ingerris\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7148"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}