Program Masyarakat Bermaklumat bermanfaat tambah pengetahuan

BERAKAS, Rabu, 4 Februari. – Ke arah memahami, menyokong dan menghargai usaha-usaha kerajaan dalam sama-sama membangun negara terutamanya bagi mencapai Wawasan Brunei 2035, Jabatan Penerangan menerusi Unit Hubungan Masyarakat, Seksyen Kenegaraan dan Kemasyarakatan, Bahagian Komunikasi Strategik telah mengadakan Majlis Pembukaan Program Masyarakat Bermaklumat (PMB) bagi Sektor Hospitaliti yang akan berlangsung selama dua hari bermula hari ini, […]
Pertukaran Idea Teraju Program Perkongsian Maklumat JPAKK & JKK di JPMC

Jawatankuasa Perhubungan Awam Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan (JPAKK & JJK) telah mengadakan Program Perkongsian Maklumat bersama Jerudong Park Medical Centre (JPMC) bertempat di Board Meeting Room pada Selasa, 3 Februari 2026. Program ini bertujuan untuk berkongsi maklumat serta pengalaman berkaitan pengendalian perhubungan awam, termasuk amalan terbaik dalam pelaksanaan strategi pemasaran dan promosi, di samping pengurusan […]
Sembahyang Teras Modal Insan Cemerlang’ Intipati Ceramah Isra’ Mi’raj Jabatan Penerangan

BERAKAS, Khamis. 29 Januari – Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Biro Keugamaan hari ini telah mengadakan Majlis Ceramah Sempena Sambutan Isra’ dan Mi’raj bagi Tahun 1447H/2026M bertempat di Dewan Auditorium. Majlis diisi dengan ceramah khas bertajuk “Sembahyang Teras Modal Insan Cemerlang” yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Awang Muhammad Nasyith bin Superi, Pegawai Ugama, Pusat Da’wah […]
Mengukuhkan semangat perpaduan, patriotisme pelajar

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 28 Januari. – Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Kenegaraan dan Kemasyarakatan telah mengendalikan Program Taklimat Kenegaraan bertajuk ‘Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NBD)’ bertempat di Sekolah Menengah Katok. Program yang berlangsung di dewan serbaguna sekolah berkenaan telah dihadiri oleh seramai 158 penuntut Tahun […]
JPAKK & JJK Adakan Sesi Perkongsian Ilmu Bersama JUZWAB

Jawatankuasa Perhubungan Awam Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan (JPAKK & JJK) telah mengadakan Program Perkongsian Maklumat bersama Jabatan Urusan Zakat, Wakaf dan Baitulmal (JUZWAB), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) bertempat di Dewan Multaqa, KHEU pada Selasa, 27 Januari 2026. Program ini bertujuan untuk berkongsi maklumat serta pengalaman berkaitan pengendalian perhubungan awam, termasuk amalan terbaik dalam pelaksanaan […]
Tanamkan rasa cinta kepada Raja, Bangsa & Negara

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 26 Januari. – Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Kenegaraan dan Kemasyarakatan mengendalikan Program Taklimat Kenegaraan di Sekolah Tinggi Arab Hassanal Bolkiah (STAHB), pagi tadi. Taklimat yang diadakan di Qa’ah Al-Azkiyaa sekolah berkenaan dihadiri oleh seramai 376 orang penuntut Pra U1. Turut hadir ialah Pengetua Sekolah berkenaan, Dayang Hajah […]
PMB mendukung usaha kerajaan, dasar negara

BERAKAS, Isnin, 12 Januari. – Ke arah memahami, menyokong dan menghargai usaha-usaha kerajaan dalam sama-sama membangun negara terutamanya bagi mencapai Wawasan Brunei 2035, Jabatan Penerangan menerusi Cawangan Penerangan Daerah Tutong, Bahagian Komunikasi Strategik mengadakan Majlis Pembukaan Program Masyarakat Bermaklumat (PMB) bagi Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE), Daerah Tutong yang akan berlangsung selama dua hari bermula hari […]
Semai cinta terhadap raja, agama, bangsa, negara

BELAIT, Isnin, 12 Januari. – Jabatan Penerangan hari ini mengadakan Program Taklimat Kenegaraan ‘Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam’ di Daerah Belait. Seramai 48 penuntut Tahun 7 Sekolah St. John, Kuala Belait, menghadiri Taklimat Kenegaraan yang dikendalikan oleh Cawangan Penerangan Daerah Belait, Bahagian Komunikasi Strategik. Taklimat berkenaan disampaikan oleh Pegawai Luar Penerangan, […]
Taklimat pupuk semangat kenegeraan

GADONG, Isnin, 12 Januari. – Seramai 147 orang penuntut Tahun 7 Sekolah Menengah (SM) Rimba 1 menghadiri Program Taklimat Kenegaraan ‘Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam’ yang diadakan di dewan serbaguna sekolah berkenaan. Taklimat anjuran Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri tersebut dikendalikan oleh Unit Kenegaraan, Seksyen Kenegaraan dan Kemasyarakatan, Bahagian Komunikasi Strategik. […]




Total views : 91443