Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksInformation Department's Programmes

NATIONHOOD UNIT PROGRAMME

BILPROGRAMSASARANOBJEKTIF PROGRAM
1.       Program Semarak Hari Keputeraan
"Semarak Hari Keputeraan" Programme
 
  • Menanamkan dan mempertingkatkan kesedaran rakyat dan penduduk Negara ini mengenai peranan dan tanggungjawab mereka menaikkan dan mengibarkan bendera negara semasa Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
  • Meningkatkan rasa hormat dan sayang rakyat dan penduduk Negara ini terhadap bendera negara yang merupakan simbol keagungan dan kedaulatan raja, bangsa dan negara.
  • Menggalakkan dan membudayakan amalan pengibaran bendera negara di kalangan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam semasa sambutan perayaan hari-hari kebesaran negara dengan mematuhi aturan-aturan yang ditetapkan.
  • Mendukung dan membantu usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan dalam menggalakkan rakyat dan penduduk untuk mengibarkan bendera negara.  
2.       Taklimat Kenegaraan "Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Brunei Darussalam"Penuntut Tahun 7 di semua sekolah menengah kerajaan dan swasta di keempat-empat daerah
  • Untuk menyebarluaskan maklumat yang dapat menimbulkan semangat kenegaraan dan kesedaran hidup berbangsa, beragama dan bernegara berdasarkan falsafah Negara Melayu Islam Beraja (MIB) melalui Taklimat Raja Kita, Bendera Negara dan Lagu Kebangsaan dalam kalangan pelajar selaras dengan moto Jabatan Penerangan "Membudayakan Masyarakat Bermaklumat''
3.       PentaramaOrang Ramai
  • Untuk sama-sama berperanan dalam memberigakan hari-hari kebesaran seperti sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Hari Kebangsaan dan Istiadat Perkahwinan Diraja.
  • Menyampaikan mesej yang membina minda masyarakat ke arah meningkatkan semangat patriotic, setiakawan bernegara, bermasyarakat dan lain-lain.
  • Memberikan kefahaman mengenai dasar dan aktiviti kerajaan dan sekali gus akan dapat membentuk sikap masyarakat dan lain-lain
4.       Program Perkampungan Sivik bagi Lepasan IjazahLepasan Ijazah
  • Menyampaikan dan membarigakan maklumat rasmi mengenai Negara dan peranan serta usaha-usaha agensi kerajaan dalam pembangunan Negara melalui taklimat dan lawatan supaya para peserta akan bergiat aktif dalam aktiviti kenegaraan, kesukarelawan, keusahawanan, keagaamaan dan kemasyarakatan
  •  Memupuk sifat kepimpinan dan meningkatkan semangat kerja berpasukan dan  bekerjasama serta mengeratkan silaturrahim melalui aktiviti-aktiviti berpasukan.
  •  Meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan kefahaman mengenai Negara dan menjana pemikiran dan persepsi positif melalui sesi aktiviti perbincangan agar mereka menjadi generasi yang lebih berwibawa, mampu berpandangan jauh dan mempunyai mindset yang proaktif dan bernilai tambah (added value).
  • Menggalakkan budaya hidup secara berkelompok untuk menanamkan nilai-nilai bermasyarakat
​5.
Rakan Remaja PeneranganPenuntut tahun 9 dan 10 di semua sekolah menengah kerajaan dan swasta di keempat-empat daerah.
  • Untuk meningkatkan kesedaran sivik dan membangkitkan semangat kenegaraan terutama golongan remaja di sekolah-sekolah menengah kerajaan dan swasta seluruh negara kearah pembentukan minda serta moral yang positif dengan mendekati golongan remaja melalui pelbagai kaedah penyampaian seperti Taklimat Kenegaraan, Lakonan, Tarian, Nyanyian dan Hiburan yang terarah dan terpimpin yang mana ianya akan secara tidak langsung menjadikan mereka sebagai penyalur maklumat kerajaan kepada rakan-rakan dan lingkungan keluarga mereka sendiri.
6.       Jerayawara Penggunaan Banner, Bendera Negata dan Bahan-bahan yang mempunyai berkepentingan NasionalSyarikat-syarikat perniagaan
  • Bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan orang ramai terutamanya syarikat-syarikat perniagaan tentang garispandu dan penggunaan bendera, kain rentang dan bahan-bahan yang berkepentingan nasional. Akan dilaksanakan di semua daerah melalui cawangan Jabatan Penerangan
7.       Pertandingan Lagu-Lagu Patriotik Antara Mukim-Mukim Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 
  • Meningkatkan semangat patriotisme dikalangan penduduk mukim dan kampung.
  • Menjadi platform bagi penyanyi berkumpulan terus berkarya disamping dapat mengisi ruang dan peluang dalam program-program seperti Pentarama atau seumpamanya yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri.
  • Memupuk semangat berdaya saing dan patriotik melalui lagu-lagu yang dipertandingkan.
  • Meningkatkan kesedaran bernegara melalui penghayatan berbentuk hiburan yang terpimpin.


COMMUNITY RELATION UNIT PROGRAMME

BILPROGRAMSASARANOBJEKTIF PROGRAM
1.        Program Muzakarah Penerangan (PMP)Penduduk Mukim
  • Program ini seakan-akan sama seperti Program Sua Muka dari segi mendapatkan isu-isu, pendapat serta cadangan daripada penduduk mukim & kampung melalui pemimpin-pemimpin akar umbi. Akan tetapi terdapat perbezaannya dari segi format program ini yang mana ianya berbentuk sesi dialog iaitu secara berinteraksi dua hala diantara penduduk mukim dengan agensi-agensi Kerajaan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
2.        Program Sua MukaPenduduk Kampong
  • Program yang bersifat personal dan interaksi yang berkesan dimana pihak jabatan penerangan akan turun padang bagi menyampaikan maklumat kepada masyarakat dan mendapatkan isu-isu dan pendapat serta cadangan penambahbaikan yang perlu diambil perhatian melalui peringkat pemimpin-pemimpin akar umbi. Pendekatan seperti ini sesuai dengan peranan Jabatan sebagai lidah, mata dan telinga kerajaan untuk menunjukkan keprihatinan kerajaan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam terhadap apa jua perkembangan, kemajuan serta masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat dan masyarakat.
3.        Program Awasi Anak Kitani (AAK)Ibubapa dan penduduk mukim
  • Diadakan bagi mewujudkan kesedaran ibu bapa tentang pencegahan, mengawal dan mengawasi anak masing-masing daripada penyalahgunaan dadah dan juga gejala-gejala yang tidak sihat. Program ini bertujuan membarigakan maklumat tentang keburukan dadah dan penyalahgunaan media sosial; dan memastikan anak-anak bangsa (terutamanya belia) bergerak sihat dan cergas untuk sama-sama membangun Negara. 
4.        Program Masyarakat Bermaklumat (PMB)Penduduk Mukim dan Kampong
  • Merupakan satu landasan untuk menyampaikan maklumat rasmi kepada penduduk mukim dan kampung mengenai dasar dan maksud kerajaan melalui penyampaian taklimat, sesi dialog dan lawatan. Lebih fokus dengan skop pengisian maklumat yang disampaikan kepada anggota masyarakat iaitu mengikut tajuk taklimat dan tempat lawatan yang dipilih dan dipersetujui oleh mukim dan kampung tertakluk kesesuaiannya
​5.
Program Muzakarah Penerangan (PMP)Penduduk Mukim
  • Program ini seakan-akan sama seperti Program Sua Muka dari segi mendapatkan isu-isu, pendapat serta cadangan daripada penduduk mukim & kampung melalui pemimpin-pemimpin akar umbi. Akan tetapi terdapat perbezaannya dari segi format program ini yang mana ianya berbentuk sesi dialog iaitu secara berinteraksi dua hala diantara penduduk mukim dengan agensi-agensi Kerajaan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.   
6.        Program Sua MukaPenduduk Kampong
  • Program yang bersifat personal dan interaksi yang berkesan dimana pihak jabatan penerangan akan turun padang bagi menyampaikan maklumat kepada masyarakat dan mendapatkan isu-isu dan pendapat serta cadangan penambahbaikan yang perlu diambil perhatian melalui peringkat pemimpin-pemimpin akar umbi. Pendekatan seperti ini sesuai dengan peranan Jabatan sebagai lidah, mata dan telinga kerajaan untuk menunjukkan keprihatinan kerajaan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam terhadap apa jua perkembangan, kemajuan serta masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat dan masyarakat.
7.        Program Awasi Anak Kitani (AAK)Ibubapa dan penduduk mukim
  • Diadakan bagi mewujudkan kesedaran ibu bapa tentang pencegahan, mengawal dan mengawasi anak masing-masing daripada penyalahgunaan dadah dan juga gejala-gejala yang tidak sihat. Program ini bertujuan membarigakan maklumat tentang keburukan dadah dan penyalahgunaan media sosial; dan memastikan anak-anak bangsa (terutamanya belia) bergerak sihat dan cergas untuk sama-sama membangun Negara. 


INTERNATIONAL AFFAIRS UNIT PROGRAMME


JERAYAWARA KENALI ASEAN

Membarigakan serta memberi pendedahan dalam meningkatkan kesedaran kepada penuntut tahun 7,8 & 9 di seluruh sekolah menengah di negara ini dalam menanai satu masyarakat ASEAN.


KUIZ ASEAN

Merupakan projek di bawah Sub-Committee on Information (SCI) dan ASEAN-Committee On Culture and Information (COCI) yang diadakan pada setiap 2 tahun sekali. Penuntut 3 teratas akan mewakili Negara Brunei Darussalam ke Pertandingan Peringkat Serantau. Objektifnya ialah sebagai salah satu cara dalam membarigakan maklumat mengenai ASEAN kepada generasi belia remaja di peringkat sekolah menengah serta untuk meningkatkan penglibatan belia remaja dalam kegiatan ASEAN.