Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Perkukuh semangat patriotik, solidariti

Oleh : Khartini Hamir / Foto : Alishahrin Haji Mumin

 

LUMAPAS, Khamis. 7 Mac. - Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik pagi tadi mengadakan Program Taklimat Kenegaraan 'Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam' bagi Sekolah Menengah Awang Semaun.

 

Taklimat yang diadakan di Perpustakaan sekolah berkenaan dihadiri oleh seramai 94 penuntut Tahun 7.

 

Turut hadir, Pengetua Sekolah, Awang Haji Mohd Fadhillah bin Haji Ismail, dan para tenaga pengajar sekolah tersebut.

 

Taklimat yang disampaikan oleh Ketua Seksyen Komunikasi Strategik, Jabatan Penerangan, Dayang Mufidah binti Abdul Hakim antara lain mengongsikan mengenai raja, tatacara menaik kibarkan bendera negara dan sejarah lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan'.

 

Atur cara juga turut diisikan dengan tayangan klip video animasi 'Tatacara Menaikkan Bendera Negara'.

 

Selain itu, para penuntut juga berpeluang menyertai kuiz kenegaraan dan menerima hadiah-hadiah sumbangan Jabatan Penerangan yang disampaikan oleh Pengetua Sekolah berkenaan.

 

Program sedemikian merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara, di samping itu ia juga dihasratkan akan dapat mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut.


TKSMAS070324.jpeg

TKSMAS070324 (2).jpeg

TKSMAS070324 (3).jpeg

TKSMAS070324 (4).jpeg

TKSMAS070324 (5).jpeg


Attachments
Created at 09/03/2024 04:21 PM by Mohammad Bin Hj Kassim
Last modified at 09/03/2024 04:21 PM by Mohammad Bin Hj Kassim