Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Pupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar

Oleh : Haniza Abdul Latif / Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

SERASA, Selasa, 27 Februari. - Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik mengadakan Program Taklimat Kenegaraan 'Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam' bagi Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajah Mariam, Serasa.

Taklimat yang berlangsung di Dewan Serbaguna sekolah berkenaan dihadiri oleh seramai 114 penuntut Tahun 7.

Turut hadir, Pengetua Sekolah, Dayang Norsarita Binti Haji Besar dan tenaga-tenaga pengajar sekolah tersebut.

Taklimat disampaikan oleh Pegawai Luar Penerangan, Unit Kenegaraan, Jabatan Penerangan, Awang Mohammad Khaiddir Shah bin Haji Abdul Halim, yang antara lain mengongsikan mengenai raja, tatacara menaik kibarkan bendera negara dan sejarah lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan'.

Selain itu, para penuntut juga berpeluang menyertai kuiz kenegaraan dan menerima hadiah-hadiah sumbangan Jabatan Penerangan yang disampaikan oleh Pengetua Sekolah berkenaan.

Program Taklimat Kenegaraan 'Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam' merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara.

Di samping itu, ia juga dihasratkan akan dapat mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri para penuntut.

TKSMPIHMSERASA27022024.jpg

TKSMPIHMSERASA27022024 (4).jpg

TKSMPIHMSERASA27022024 (3).jpg

TKSMPIHMSERASA27022024 (2).jpg




Attachments
Created at 28/02/2024 03:09 PM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin
Last modified at 28/02/2024 03:09 PM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin