Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Taklimat Kenegaraan kukuh semangat solidariti

Oleh : Haniza Abdul Latif / Foto : Mohamad Azmi Awang Damit


TEMBURONG, Isnin, 12 Februari. - Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Cawangan Penerangan Daerah Temburong mengadakan Program Taklimat Kenegaraan 'Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam' bagi Sekolah Arab Temburong bertempat di dewan sekolah berkenaan.

Program merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara.

 
Ia juga dihasratkan akan dapat mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut.

 
Turut hadir pada taklimat berkenaan ialah Guru Besar, Sekolah Arab Temburong, Awang Morsidi bin Haji Awang Tuah; Timbalan Guru Besar, Sekolah Arab Temburong, Dayang Hashidah binti Haji Awang, dan para tenaga pengajar sekolah tersebut.

 

Taklimat Kenegaraan disampaikan oleh Penolong Pegawai Penerangan, Dayang Hajah Nooramalina binti Haji Mohd. Daud, selaku Pemangku Ketua Cawangan Penerangan Daerah Temburong, Jabatan Penerangan kepada seramai 63 penuntut Tahun 5, 6, 7 dan 8.

 
Isi kandungan taklimat antara lain menyentuh mengenai Raja Kita, tatacara menaik-kibarkan bendera negara iaitu hendaklah memastikan bendera negara dalam keadaan sempurna dan bersih, tidak koyak dan pudar warnanya dan sejarah Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan'.

 

Para penuntut juga berpeluang menyaksikan klip video animasi 'Tatacara Menaikkan Bendera Negara'.

Taklimat diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para penuntut yang berjaya menjawab kuiz kenegaraan yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan.


TK Sekolah Arab Temburong 12022024.jpeg

TK Sekolah Arab Temburong 12022024 (2).jpeg

TK Sekolah Arab Temburong 12022024 (3).jpeg

TK Sekolah Arab Temburong 12022024 (5).jpeg

TK Sekolah Arab Temburong 12022024 (6).jpeg


Attachments
Created at 17/02/2024 01:31 PM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin
Last modified at 17/02/2024 01:31 PM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin