Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Jerayawara bariga maklumat asas ASEAN

Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid / Foto : Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid

TEMBURONG, Sabtu, 3 Februari. - Dalam hasratnya untuk membarigakan serta memberikan pendedahan meluas mengenai maklumat asas berkaitan ASEAN kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di negara ini, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Meja Hal Ehwal Antarabangsa, Unit Perhubungan Korporat selaku Sekretariat bagi Jawatankuasa Kecil Penerangan (SCI) ASEAN-COCI mengadakan Jerayawara Kenali ASEAN bagi kepada 139 pelajar Tahun 9 Sekolah Menengah Sultan Hassan bertempat di bilik persidangan sekolah berkenaan.

Program tersebut merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyuntik semangat patriotisme dan sifat perpaduan (ASEAN-ness) dalam kalangan pelajar untuk menghayati fungsi dan tujuan ASEAN ditubuhkan.

Dalam masa yang sama, ia dapat mengukuhkan hubungan antara Jabatan Penerangan dengan masyarakat khususnya para pelajar yang bakal mewarisi kesinambungan bangsa dan seterusnya memainkan peranan penting dalam memangkin hala tuju negara pada satu masa nanti.

Taklimat Jerayawara Kenali ASEAN disampaikan oleh Ketua Meja Hal Ehwal Antarabangsa, Awang Eddy Iswandy bin Haji Ismail, yang antara lain menanamkan kesedaran dalam kalangan para pelajar sekolah sebagai sebahagian daripada masyarakat ASEAN, selaras dengan moto ASEAN : Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti (One Vision, One Identity, One Community).

Kuiz ASEAN juga turut diadakan untuk mengenal pasti sejauh mana pelajar-pelajar mengetahui mengenai ASEAN dan peranan pertubuhan ini dalam membangun negara-negara anggotanya.

Turut dipromosikan semasa taklimat berkenaan ialah aplikasi mudah alih 'We ASEAN' yang mengandungi maklumat mengenai ASEAN dan negara-negara anggota ASEAN (ASEAN Member States), kalendar ASEAN, galeri gambar dan video.

Aplikasi ini merupakan salah satu projek di bawah SCI ASEAN-COCI. Ia boleh dimuat turun melalui Google Play bagi pengguna Android and App Store bagi pengguna iOS. Turut hadir pada jerayawara tersebut, Timbalan Pengetua Pentadbiran, Awang Ziad bin Haji Kula, tenaga pengajar sekolah berkenaan.


JKA_Sekolah Menengah Sultan Hassan_03022024.jpeg

JKA_Sekolah Menengah Sultan Hassan_03022024 (2).jpeg

JKA_Sekolah Menengah Sultan Hassan_03022024 (3).jpeg

JKA_Sekolah Menengah Sultan Hassan_03022024 (4).jpeg

JKA_Sekolah Menengah Sultan Hassan_03022024 (5).jpeg


Attachments
Created at 06/02/2024 03:42 PM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin
Last modified at 06/02/2024 03:42 PM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin