Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Semai cinta kepada raja, agama, negara

Oleh : Pg. Vivy Malessa Pg. Ibrahim / Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

TUTONG, Rabu, 31 Januari. - Jabatan Penerangan melalui Cawangan Penerangan Daerah Tutong mengadakan Program Taklimat Kenegaraan 'Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam' bagi Ma'had Islam Brunei, Tutong bertempat di Bilik Musyawwarah, sekolah berkenaan.

Program merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara. Ia juga dihasratkan akan dapat mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut.

Seramai 50 penuntut Tahun 7 menghadiri taklimat berkenaan. Turut hadir, Timbalan Pengetua Akademik, Ma'had Islam Brunei, Dayang Hajah Amalina binti Haji Ali dan para tenaga pengajar sekolah tersebut.

Taklimat Kenegaraan disampaikan oleh Pegawai Luar Penerangan, Jabatan Penerangan, Awang Isa bin Haji Abdul Rahman yang antara lain menyentuh mengenai raja kita, tatacara menaik-kibarkan bendera negara iaitu hendaklah memastikan bendera negara dalam keadaan sempurna dan bersih, tidak koyak dan pudar warnanya dan sejarah Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan'.

Taklimat diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang Kuiz Kenegaraan yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan.

ASRI ABAS-1070.jpg

ASRI ABAS-1069.jpg

ASRI ABAS-1067.jpg

ASRI ABAS-1073.jpg

 


Attachments
Created at 01/02/2024 04:23 PM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin
Last modified at 01/02/2024 04:23 PM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin