Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Semai rasa patriotik dalam diri penuntut

Oleh : Pg. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad / Foto : Azmah Haji Ahad

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 29 Januari. - Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik mengadakan Program Taklimat Kenegaraan 'Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam' bagi Sekolah Menengah Berakas.

Taklimat yang berlangsung di dewan sekolah berkenaan itu telah dihadiri oleh seramai 113 penuntut Tahun 7.

Turut hadir, Pengetua Sekolah, Awang Alexandar bin Bandang, dan para tenaga pengajar sekolah tersebut.

Taklimat disampaikan oleh Ketua Seksyen Komunikasi Strategik, Jabatan Penerangan, Dayang Mufidah binti Abdul Hakim, yang antara lain mengenai raja, tatacara menaik-kibarkan bendera negara dan sejarah lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan'.

Para penuntut juga menyaksikan klip video animasi 'Tatacara Menaikkan Bendera Negara' dan 'Semarak Pengibaran Bendera'.

Selain itu, para penuntut juga berpeluang menyertai kuiz kenegaraan dan menerima hadiah-hadiah sumbangan Jabatan Penerangan yang disampaikan oleh Pengetua Sekolah berkenaan.

Program merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai cinta terhadap Raja, agama, bangsa dan negara.

Ia juga dihasrat akan dapat mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut.

TK Sekolah Menengah Berakas 290124.jpg

TK Sekolah Menengah Berakas 290124 (7).jpg

TK Sekolah Menengah Berakas 290124 (6).jpg

TK Sekolah Menengah Berakas 290124 (5).jpg


Attachments
Created at 30/01/2024 10:54 AM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin
Last modified at 30/01/2024 10:54 AM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin