Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

121 pelajar hadiri Taklimat Kenegaraan

Oleh: Aimi Sani / Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said

TEMBURONG, Sabtu, 27 Januari. - Setiap negara di dunia memiliki bendera rasmi dan lagu kebangsaan masing-masing termasuklah Negara Brunei Darussalam (NBD) yang perlu dihayati, dihormati dan dipelihara. Dari itu, kibarkanlah dengan megah bendera negara dan nyanyikanlah Lagu Kebangsaan NBD dengan penuh penghayatan dan penghormatan.

Perkara tersebut antara pengisian Taklimat Kenegaraan yang disampaikan oleh Ketua Cawangan Penerangan Daerah Temburong, Dayang Izzah Hazirah binti Haji Adi Othman yang diadakan di Bilik Persidangan, Sekolah Menengah Sultan Hassan, Temburong, hari ini.

Seramai 121 penuntut Tahun 7 menghadiri taklimat berkenaan yang juga dihadiri oleh Timbalan Pengetua Pentadbiran Sekolah, Awang Ziad bin Haji Kula dan tenaga-tenaga pengajar.

Taklimat juga menyentuh mengenai raja kita, tatacara menaik-kibarkan bendera negara dan juga sejarah Lagu Kebangsaan NBD, 'Allah Peliharakan Sultan'. Para penuntut seterusnya berpeluang menyaksikan klip video 'Kibarkanlah Dengan Megah Bendera Negara' dan klip video animasi 'Tatacara Menaikkan Bendera Negara'.

Taklimat Kenegaraan diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang Kuiz Kenegaraan yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan dan sesi bergambar ramai.

Program Taklimat Kenegaraan 'Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam' tersebut merupakan anjuran Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik.

Ia salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara dengan hasrat akan dapat mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam kalangan diri penuntut.

TK SEKOLAH MENENGAH SULTAN HASSAN, TEMBURONG 27012024.jpeg 

TK SEKOLAH MENENGAH SULTAN HASSAN, TEMBURONG 27012024 (2).jpeg 

TK SEKOLAH MENENGAH SULTAN HASSAN, TEMBURONG 27012024 (3).jpeg 

TK SEKOLAH MENENGAH SULTAN HASSAN, TEMBURONG 27012024 (4).jpeg

Attachments
Created at 30/01/2024 09:31 AM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin
Last modified at 30/01/2024 09:40 AM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin