Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Suntik semangat patriotisme dalam diri pelajar

Oleh : Pg. Vivy Malessa Pg. Ibrahim, Nooratini Haji Abas / Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman, Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 25 Januari. - Jabatan Penerangan telah mengadakan Program Taklimat Kenegaraan 'Peranan dan Tanggungjawab Sebagai Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam' di Daerah Brunei dan Muara (DBM) dan di Daerah Belait, hari ini.

Di DBM, taklimat yang dikendalikan oleh Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik telah diadakan di Dewan Auditorium, Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli), Gadong.

Taklimat dihadiri seramai 412 penuntut itu disampaikan oleh Ketua Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik, Jabatan Penerangan, Dayang Hajah Noorhijrah binti Haji Idris.

Turut hadir, Pengetua Maktab, Dayangku Hajah Nooramaliatifah binti Pengiran Haji Ahmad; Timbalan Pengetua Pentadbiran, Dr. Mohd Zamri bin Haji Ismail dan para tenaga pengajar. Taklimat ini dijadikan sebagai salah satu perisian sempena Hari Melayu Islam Beraja bagi maktab berkenaan.

Manakala di Daerah Belait pula, seramai 208 penuntut IBTE Kampus Jefri Bolkiah, Kuala Belait menghadiri Taklimat Kenegaraan yang dikendalikan oleh Cawangan Penerangan Daerah Belait.

Taklimat disampaikan oleh Ketua Cawangan Penerangan Daerah Belait, Awang Musa bin Mohiddin bertempat di Dewan Serbaguna kampus berkenaan. Turut hadir, Pegawai Pentadbiran, Dayang Zahrina binti Zainal Abidin berserta tenaga pengajar.

Antara perisian taklimat yang disentuh di kedua-dua buah sekolah berkenaan adalah mengenai peranan dan tanggungjawab rakyat kepada negara dan pemerintah, masyarakat serta keluarga dalam sama-sama menyumbang untuk kesejahteraan negara.

Program antara lain bertujuan untuk menanamkan rasa cinta kepada raja, bangsa dan negara di samping menyuntik semangat patriotisme dalam diri para penuntut melalui taklimat yang disampaikan selain dihasratkan bagi mendukung matlamat Wawasan Brunei 2035 dan inisiatif dalam Dasar Belia Negara dan Strategi 2020-2035.

TK IBTE KAMPUS JEFRI BOLKIAH, KUALA BELAIT 25012024.jpg

TK IBTE KAMPUS JEFRI BOLKIAH, KUALA BELAIT 25012024 (2).jpg

TK IBTE KAMPUS JEFRI BOLKIAH, KUALA BELAIT 25012024 (3).jpg

TK IBTE KAMPUS JEFRI BOLKIAH, KUALA BELAIT 25012024 (4).jpg

TK MAKTAB DULI PENGIRAN MUDA HAJI AL-MUHTADEE BILLAH, GADONG 25012024.jpeg

TK MAKTAB DULI PENGIRAN MUDA HAJI AL-MUHTADEE BILLAH, GADONG 25012024 (2).jpeg 

TK MAKTAB DULI PENGIRAN MUDA HAJI AL-MUHTADEE BILLAH, GADONG 25012024 (3).jpeg

TK MAKTAB DULI PENGIRAN MUDA HAJI AL-MUHTADEE BILLAH, GADONG 25012024 (4).jpeg



Attachments
Created at 27/01/2024 12:40 PM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin
Last modified at 30/01/2024 10:11 AM by Mohammad Bin Hj Kassim