Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Tanamkan nilai patriotik, solidariti

​Oleh : Khartini Hamir / Foto : Hernie Suliana Haji Othman

MULAUT, Selasa, 23 Januari. - Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik pagi tadi mengadakan Program Taklimat Kenegaraan 'Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam' bagi Sekolah Menengah Sayyidina Hasan.

Taklimat yang berlangsung di Dewan Serbaguna sekolah berkenaan dihadiri oleh seramai 199 penuntut Tahun 7.

Juga hadir, Pengetua Sekolah Menengah Sayyidina Hasan, Awang Moss bin Mat Juni, serta para tenaga pengajar sekolah tersebut.

Taklimat disampaikan oleh Ketua Unit Kenegaraan, Jabatan Penerangan Dayang Hajah Noorhijrah binti Haji Idris, yang antara lain menerangkan mengenai raja, tatacara menaik kibarkan bendera negara dan sejarah lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan'.

Para penuntut juga teruja menyaksikan tayangan klip video animasi 'Tatacara Menaikkan Bendera Negara'.

Selain itu, para penuntut juga berpeluang menyertai kuiz kenegaraan dan menerima hadiah-hadiah sumbangan Jabatan Penerangan yang disampaikan oleh Pengetua Sekolah berkenaan.

Program ini merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara.​

Di samping itu, ia juga dihasratkan akan dapat mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut.

TK SEKOLAH MENENGAH SAYYIDINA HASAN 230124.jpeg

TK SEKOLAH MENENGAH SAYYIDINA HASAN 230124 (3).jpeg

TK SEKOLAH MENENGAH SAYYIDINA HASAN 230124 (4).jpeg

TK SEKOLAH MENENGAH SAYYIDINA HASAN 230124 (5).jpeg


Attachments
Created at 24/01/2024 11:57 AM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin
Last modified at 30/01/2024 10:13 AM by Mohammad Bin Hj Kassim