Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Fahami konsep 'inclusivity' melalui pengisian taklimat

Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid / Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said

BERAKAS, Selasa, 19 Disember. - Sebagai salah satu landasan dalam menyampaikan maksud rasmi dan maksud kerajaan dalam kalangan para belia, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Cawangan Penerangan Daerah Temburong buat julung kalinya mengadakan Program Literasi Penerangan Kali Pertama bagi 45 belia daripada belia Permata Hijau, belia-belia masjid dan belia mewakili mukim serta kampung di Daerah Temburong.

Program Literasi Penerangan merupakan salah satu inisiatif Jabatan Penerangan menggunakan pendekatan Whole of Nation dan Whole of Government yang antara lain dihasratkan untuk melahirkan para belia berwawasan, mempunyai jati diri yang kukuh serta memiliki nilai luhur cintakan agama, bangsa dan negara yang tinggi serta memupuk rasa tanggungjawab ke arah memastikan Wawasan Brunei 2035 tercapai dengan jayanya.

Sepanjang program hari ini para peserta program didedahkan dengan pelbagai maklumat semasa termasuk memahami konsep 'inclusivity' melalui pengisian taklimat, aktiviti dan lawatan yang diaturkan.

Sementara program pada sebelah petang, peserta berpeluang mendengar taklimat bertajuk 'Memahami Konsep Inclusivity' yang disampaikan oleh Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Orang Kelainan Upaya, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Dayangku Khairah Wadihah binti Pengiran Zainurin diikuti dengan tunjuk cara bahasa Isyarat daripada Ahli-ahli Persatuan Bi-jak dan Orientasi serta Mobiliti dari Pusat Bahagia.

Taklimat terakhir bertajuk 'Mengukuh-mantapkan Akidah Golongan Belia' disampaikan oleh Pegawai Perkembangan Ugama, Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Isham bin Ismail yang antara lain mengongsikan mengenai dengan Islam dalam konteks Negara Brunei Darussalam dari segi kepercayaan dan pengamalan berasaskan 'Akidah Ahli Sunnah Waljamaah'.

Jabatan Penerangan dalam merealisasikan motonya 'Membudayakan Masyarakat Bermaklumat' sentiasa mempelbagaikan platform pembarigaan maklumat mengenai dasar dan aktiviti kerajaan serta terus berusaha untuk menyebarkan maklumat seluas yang mungkin dan sentiasa dikemas kini agar tetap relevan dan memenuhi keperluan dari semasa ke semasa.

FAHAMI~1.JPG

FAHAMI~2.JPG


Attachments
Created at 23/01/2024 10:25 AM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin
Last modified at 24/01/2024 12:05 PM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin