Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Taklimat Kenegaraan semai semangat patriotik

Berita dan Foto : Hernie Suliana Haji Othman

BELAIT, Khamis, 18 Januari. - Setiap negara di dunia memiliki bendera rasmi dan lagu kebangsaan masing-masing termasuklah Negara Brunei Darussalam (NBD), yang perlu dihayati, dihormati dan dipelihara. Dari itu, kibarkanlah dengan megah bendera negara dan nyanyikanlah Lagu Kebangsaan NBD dengan penuh penghayatan dan penghormatan.

Perkara tersebut merupakan antara pengisian Taklimat Kenegaraan yang disampaikan oleh Ketua Cawangan Penerangan Daerah Belait, Awang Musa bin Mohidin dalam sebuah program yang diadakan di Perpustakaan Sekolah St. Angela, Seria.

Seramai 23 penuntut Tahun 7 menghadiri taklimat berkenaan yang juga dihadiri oleh Pengetua Sekolah, Dayang Chia Wann Ching dan tenaga pengajar.

Taklimat juga menyentuh mengenai raja kita, tatacara menaik-kibarkan bendera negara dan juga sejarah Lagu Kebangsaan NBD, 'Allah Peliharakan Sultan'. Para penuntut seterusnya berpeluang menyaksikan klip video 'Kibarkanlah Dengan Megah Bendera Negara' dan klip video animasi 'Tatacara Menaikkan Bendera Negara'.

Acara diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang Kuiz Kenegaraan yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan dan sesi bergambar ramai.

Program Taklimat Kenegaraan 'Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam' tersebut merupakan anjuran Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik.​

Ia salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara dengan hasrat akan dapat mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam kalangan diri penuntut.

TK SEKOLAH ST. ANGELA, SERIA 180124.jpeg 

TK SEKOLAH ST. ANGELA, SERIA 180124 (3).jpeg

TK SEKOLAH ST. ANGELA, SERIA 180124 (4).jpeg

TK SEKOLAH ST. ANGELA, SERIA 180124 (5).jpeg

 


Attachments
Created at 23/01/2024 09:18 AM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin
Last modified at 24/01/2024 12:00 PM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin