Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Program Perkongsian Maklumat bersama NDMC

Oleh : Nooratini Haji Abas / Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 11 Disember. - Pada meningkatkan lagi hubungan baik dan mengukuhkan rangkaian kerja di antara pegawai-pegawai dan pengamal perhubungan awam kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan, pagi tadi diadakan Program Perkongsian Maklumat bersama Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC), bertempat di NDMC berkenaan, Lapangan Terbang Lama Berakas.

Seramai 30 orang pegawai dan pengamal perhubungan awam yang mewakili pelbagai kementerian menyertai program diketuai oleh Pemangku Timbalan Pengarah Penerangan, Dayang Sastra Sarini binti Haji Julaini, selaku wakil Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Awam Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan (JPAKK & JJK).

Rombongan dialu-alukan oleh Pengarah Pengurusan Bencana Kebangsaan, Kol (B) Muhd Harrith Rashidi bin Haji Muhd Jamin, dan pegawai-pegawai kanan NDMC.

Dalam ucapannya, Pemangku Timbalan Pengarah Penerangan berharap melalui Program Perkongsian Maklumat ini dapat mengeratkan lagi kerjasama di antara pegawai-pegawai dan pengamal-pengamal perhubungan awam di kementerian-kementerian dengan pihak NDMC dan berkongsi amalan terbaik berkaitan dengan perhubungan awam.

Taklimat mengenai Pengurusan Bencana di Negara Brunei Darussalam disampaikan oleh Pegawai Projek (i-Ready), Dayang Ainaa Zafirah binti Haji Abdul Manap, dari Bahagian Perancangan dan Analisa.

Beliau antara lain menyentuh mengenai misi pusat tersebut sebagai pusat koordinasi yang kompeten dalam pengurusan bencana sementara visinya pula membina masyarakat yang berdaya tahan demi kesejahteraan negara.

Rombongan juga berpeluang melawat ke Pusat Perintah Bencana (Disaster Command Centre). Rombongan juga diberikan taklimat mengenai peranan dan fungsi Pusat Perintah Bencana dan mekanisme pengurusan operasi bencana yang digunakan untuk mengkoordinasikan pelbagai agensi di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa yang disampaikan oleh Penolong Penguasa Bomba dan Penyelamat, Awang Muhammad Sahdan bin Abdullah Sungkai.

Rombongan turut diberikan penerangan mengenai proses permohonan dan pengerahan tenaga manusia serta aset daripada pelbagai agensi yang mendokong membantu operasi kesiapsiagaan, tindak balas dan pemulihan semasa bencana.

JPAKK & JJK ditubuhkan pada 8 Mac 1997. Jabatan Penerangan sebagai Urus Setia yang berperanan untuk memastikan matlamat utama penubuhannya dapat dilaksanakan dengan teratur dalam usaha untuk mengukuh, menanai dan memberikan respons kepada orang awam secara proaktif dan telus mengenai dasar, matlamat, fungsi dan tanggungjawab serta peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan untuk diketahui oleh orang ramai.

PROGRAM PERKONGSIAN MAKLUMAT BERSAMA PUSAT PENGURUSAN BENCANA KEBANGSAAN (1).jpg

PROGRAM PERKONGSIAN MAKLUMAT BERSAMA PUSAT PENGURUSAN BENCANA KEBANGSAAN (2).jpg

PROGRAM PERKONGSIAN MAKLUMAT BERSAMA PUSAT PENGURUSAN BENCANA KEBANGSAAN (3).jpg

PROGRAM PERKONGSIAN MAKLUMAT BERSAMA PUSAT PENGURUSAN BENCANA KEBANGSAAN (4).jpg

Attachments
Created at 22/01/2024 12:12 PM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin
Last modified at 24/01/2024 12:07 PM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin