Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Lawatan tingkatkan, memperluaskan ilmu pengetahuan

Siaran Akhbar : Jabatan Penerangan / Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

BERAKAS, Isnin, 20 November. - Seramai lima orang guru dan 19 orang pelajar Sekolah Menengah Sayyidina Husain, Jerudong mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Jabatan Penerangan, Lapangan Terbang Lama, Berakas, hari ini.

Rombongan diketuai oleh Pegawai Pendidikan selaku Ketua Bahagian Business dan Technology Education Council, Dayang Nursyifaa'khairunnissa binti Awang Haji Rosli dan kedatangan rombongan dialu-alukan oleh Ketua Unit Perhubungan Korporat, Dayang Noriah binti Haji Abdul Hamid dan pegawai-pegawai Jabatan Penerangan.

Semasa lawatan tersebut, para rombongan berpeluang untuk mendengarkan taklimat ringkas mengenai Jabatan Penerangan yang disampaikan oleh Ketua Unit Perhubungan Korporat, Dayang Noriah yang antara lain menyentuh mengenai visi Jabatan Penerangan iaitu 'Membudayakan Masyarakat Bermaklumat' dan misinya sebagai peneraju penyebaran maklumat rasmi yang sahih secara efektif, inovatif dan berintegriti dalam mengukuhkan semangat kenegaraan ke arah perpaduan bangsa dan negara.

Selain itu, rombongan juga berkesempatan mendengarkan taklimat mengenai Wawasan Brunei 2035 yang disampaikan oleh Dayang Hajah Siti Khadijah binti Dato Paduka Seri Haji Abd. Rahman dari Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri.

Dalam taklimat tersebut, beliau telah mengongsikan tiga matlamat Wawasan Brunei 2035 iaitu rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya; kualiti kehidupan rakyat yang tinggi dan ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan.

Seterusnya, pengisian Lawatan Sambil Belajar tersebut diteruskan dengan taklimat yang bertajuk 'Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam' disampaikan oleh Ketua Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik, Dayang Hajah Noorhijrah binti Haji idris yang antaranya menyentuh mengenai Raja kita, Tatacara Menaik-kibarkan Bendera Negara dan Sejarah Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan'.

Lawatan Sambal Belajar diakhiri dengan mengunjungi Bahagian Pelita Brunei dan Galeri Lentera Makmur yang merupakan nilai tambah kepada platform penyebaran maklumat yang sedia untuk menyalurkan maklumat dasar dan aktiviti sebagai lidah, mata dan telinga kerajaan kepada seluruh lapisan masyarakat tidak mengira di bandar atau pedalaman dalam usahanya untuk membudayakan masyarakat bermaklumat.

ZUL-IZZI_01.jpg

ZUL-IZZI_03 _1_.jpg

ZUL-IZZI_07 _1_.jpg

ZUL-IZZI_11.jpg

ZUL-IZZI_13.jpg





Attachments
Created at 21/11/2023 02:15 PM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 21/11/2023 02:15 PM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim