Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Semai semangat solidariti, patriotik

Oleh : Pg. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad / Foto : Alisahrin bin Haji Mumin

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 20 November. - Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik meneruskan Program Taklimat Kenegaraan bagi maktab-maktab dan sekolah menengah kerajaan seluruh negara dari semasa ke semasa.

Seramai 66 penuntut di Sekolah Menengah Katok hari ini berpeluang mendengarkan taklimat mengenai peranan dan tanggungjawab rakyat dalam menghayati bendera negara dan lagu kebangsaan, berlangsung di Dewan Serbaguna sekolah berkenaan.

Program Taklimat Kenegaraan 'Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam' adalah merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara.

Ia juga dihasrat akan dapat mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut.

Taklimat Kenegaraan disampaikan oleh Pegawai Luar Penerangan, Jabatan Penerangan, Awang Mohammad Khaiddir Shah bin Haji Abdul Halim.

Turut hadir Timbalan Pengetua Sekolah, Dayang Hajah Siti binti Pungut serta para tenaga pengajar sekolah berkenaan.

Taklimat mengenai Raja Kita, Tatacara Menaik-kibar Bendera Negara iaitu antara lain hendaklah memastikan bendera dalam keadaan sempurna dan bersih, tidak koyak dan pudar warnanya dan Sejarah Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan'.

Selain itu, para penuntut juga berpeluang menyaksikan klip video animasi 'Tatacara Menaikkan Bendera Negara'.

Taklimat diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang yang menyertai Kuiz Kenegaraan.

Ali_01.jpg

Ali_07.jpg

Ali_10.jpg

Ali_11.jpg


Attachments
Created at 21/11/2023 02:08 PM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 21/11/2023 02:08 PM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim