Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Jabatan Penerangan semarakkan Sambutan Nuzul Al-Quran

Oleh : Marlinawaty Hussin / Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

BERAKAS, Khamis, 13 April. - Bagi menyemarakkan bulan Ramadan yang penuh keberkatan dan memperingati peristiwa Nuzul Al-Quran, Jabatan Penerangan hari ini mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi, bertempat di Dewan Auditorium, jabatan berkenaan.

Antara perisian majlis ialah Ceramah Khas yang disampaikan oleh Ketua Guru Agama Pusat Pakar Pantai Jerudong, Ishkandar bin Haji Buntar selaku Penceramah Undangan, yang mana beliau antara lain menyentuh mengenai kitab suci Al-Quran yang merupakan mukjizat teragung Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai panduan umat Islam selagi mereka berpegang teguh dengannya.

Katanya, Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini.

Al-Quran merupakan kalamullah dan berfungsi sebagai petunjuk untuk seluruh umat manusia tambahnya, selain mengandungi panduan dalam pelbagai aspek kehidupan manusia yang diaturkan dengan perundangan yang telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala.

Majlis diakhiri dengan bacaan Selawat Tafrijiyyah beramai-ramai, dipimpin oleh Pegawai Penerangan Kanan, Awang Haji Fathi Foad bin Dato Seri Setia Haji Abu Bakar.

Hadir pada majlis tersebut, Pemangku Pengarah Penerangan Dayang Siti Bismi Nuruliman binti Haji Awang Emzah.​

Turut hadir, Pemangku Timbalan Pengarah Penerangan, Dayang Sastra Sarini binti Haji Julaini berserta pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan. 

WhatsApp Image 2023-04-13 at 3.12.20 PM.jpeg 

WhatsApp Image 2023-04-13 at 3.25.50 PM.jpeg

Attachments
Created at 29/04/2023 09:31 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 29/04/2023 09:31 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim