Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Majlis Khatam Al-Quran terus disemarak

Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani / Foto : Azmah Haji Ahad

BERAKAS, Selasa, 18 April. - Memuliakan Al-Quran dengan membacanya menjadi tuntutan agama dalam meraih pahala dan keberkatan darinya lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan ini.

Dengan berakhirnya pembacaan Tadarus Al-Quran 30 Juzuk, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Penyampaian Sumbangan Derma Anak-anak Yatim dan Berkeperluan bagi warga Jabatan Penerangan.

Hadir pada majlis yang berlangsung di Dewan Auditorium, Bangunan Tambahan, Jabatan Penerangan, di sini, Pemangku Pengarah Penerangan, Dayang Siti Bismi Nuruliman binti Haji Awang Emzah.

Juga hadir, Pemangku Timbalan Pengarah Penerangan, Dayang Sastra Sarini binti Haji Julaini; pegawai-pegawai kanan serta kakitangan Jabatan Penerangan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Takhtim yang diketuai oleh Pegawai Penerangan Kanan, Awang Haji Fathi Foad bin Dato Seri Setia Haji Abu Bakar menandakan berakhirnya Majlis Tadarus Al-Quran bagi pegawai-pegawai dan kakitangan jabatan berkenaan.

Acara juga diselajurkan dengan penyampaian derma sumbangan pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan serta keluarga disempurnakan oleh Pemangku Pengarah Penerangan kepada seramai enam anak yatim dan lapan orang yang berkeperluan di jabatan tersebut sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Adapun Majlis Khatam Al-Quran diadakan bagi menyemarakkan dan meraih pahala pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.

Majlis Penutup Tadarus Al-Quran 2.jpg

Majlis Penutup Tadarus Al-Quran 3.jpg

Majlis Penutup Tadarus Al-Quran 1.jpg

Majlis Penutup Tadarus Al-Quran.jpg


Attachments
Created at 29/04/2023 09:22 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 29/04/2023 09:22 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim