Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

12.1 peratus penduduk lengkap 4 dos vaksin

5 april.jpg

Oleh : Muhammad Zulkamal Awang Haji Kamis / Infografik : Kementerian Kesihatan


BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 5 April. - Negara Brunei Darussalam pada hari ini mencatatkan 140 kes sembuh COVID-19 di mana dengan jumlah tersebut, jumlah keseluruhan kes sembuh di negara ini meningkat kepada 283,211.


Kementerian Kesihatan melalui Infografik Status Harian Normal Baharu COVID-19 juga turut memaklumkan bahawa tidak ada kes berada di Kategori 4 iaitu mereka yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi manakala satu kes berada di Kategori 5 iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU).


Bagi Program Vaksinasi setakat 5 April 2023, sebanyak 88.1 peratus kanak-kanak yang berumur 5 hingga 11 tahun menerima dua dos vaksin dan sebanyak 62.8 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun menerima       tiga dos vaksin.



Sementara itu, sebanyak 79.2 peratus rakyat dan penduduk negara ini mendapatkan tiga dos vaksin dan 12.1 peratus menerima empat dos vaksin COVID-19.


Attachments
Created at 26/04/2023 10:58 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 26/04/2023 10:58 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim