Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

248 kes COVID-19 sembuh

1 april.jpg

Oleh : Pg. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad \ Infografik : Kementerian Kesihatan

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 1 April. - Sebanyak dua kes dicatatkan berada di dalam Kategori 4, iaitu mereka yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Manakala tidak ada kes dicatatkan hari ini berada di dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU).

Menurut Infografik Status Harian Normal Baharu COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, sebanyak 248 kes disahkan sembuh yang membawa jumlah keseluruhan kes yang sembuh meningkat kepada 282,496.

Bagi Program Vaksinasi pula setakat hari ini, sebanyak 88.1 peratus kanak-kanak yang berumur 5 hingga 11 tahun menerima dua dos vaksin dan sebanyak 62.8 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun menerima tiga dos vaksin.

Manakala sebanyak 79.1 peratus rakyat dan penduduk negara ini mendapatkan tiga dos vaksin dan 12.1 peratus menerima empat dos vaksin COVID-19.

Attachments
Created at 26/04/2023 08:58 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 26/04/2023 08:58 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim