Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

231 kes disahkan sembuh

30 mac.jpg

Oleh : Srinarawie Bidzah / Infografik : Kementerian Kesihatan

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 30 Mac. - Sebanyak 231 kes COVID-19 disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan kes yang sembuh meningkat kepada 281,993.

Menurut Infografik Status Harian Normal Baharu COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini, sebanyak satu kes berada di dalam Kategori 4, iaitu mereka yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Manakala, tidak ada kes di dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU).

Bagi Program Vaksinasi setakat 30 Mac 2023, sebanyak 88.1 peratus kanak-kanak yang berumur 5 hingga 11 tahun menerima dua dos vaksin dan sebanyak 62.8 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun menerima tiga dos vaksin.

Sementara itu, sebanyak 79.1 peratus rakyat dan penduduk negara ini mendapatkan tiga dos vaksin dan 12.1 peratus menerima empat dos vaksin COVID-19.

Attachments
Created at 12/04/2023 11:06 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 12/04/2023 11:06 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim