Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

COVID-19 : 172 kes disahkan sembuh

28 mac.jpg

Oleh : Noor Amalia Nabilah Zainuddin / Infografik : Kementerian Kesihatan

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 28 Mac. - Menurut Infografik Status Harian Normal Baharu COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, sebanyak dua kes dicatatkan berada di dalam Kategori 4, iaitu yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Sementara itu tidak ada kes dicatatkan berada di dalam Kategori 5.

Sebagaimana yang dikeluarkan dalam Infografik Status Harian Normal Baharu COVID-19 pada hari ini, sebanyak 172 kes disahkan sembuh yang membawa jumlah keseluruhan kes yang sembuh meningkat kepada 281,580.

Bagi Program Vaksinasi pula setakat ini, sebanyak 88.1 peratus kanak-kanak yang berumur 5 hingga 11 tahun telah menerima dua dos vaksin dan sebanyak 62.8 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah menerima tiga dos vaksin.

Manakala sebanyak 79.1 peratus rakyat dan penduduk negara ini telah mendapatkan tiga dos vaksin dan 12.1 peratus telah menerima empat dos vaksin COVID-19.

Attachments
Created at 12/04/2023 10:58 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 12/04/2023 10:58 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim