Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

40 pemenang Kuiz Kenegaraan terima hadiah

Oleh : Pg. Siti Redzaimi Pg. Hj Ahmad \ Foto : Muhammad Asri Hj Abas

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 1 April. - Majlis Penyampaian Hadiah Kuiz Kenegaraan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NBD) Kali-39, Tahun 2023 telah diadakan di Dewan Auditorium, Bangunan Tambahan Jabatan Penerangan, pagi tadi.

Seramai 40 pemenang telah menerima hadiah masing-masing yang disampaikan oleh Pemangku Pengarah Jabatan Penerangan, Dayang Siti Bismi Nuruliman binti Haji Awang Emzah.

Terlebih dahulu dalam ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Ketua Unit Kenegaraan, Dayang Hajah Noorhijrah binti Haji Idris, yang antara lain menjelaskan, Kuiz Kenegaraan merupakan projek Jabatan Penerangan melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik yang bertujuan untuk menambah kepelbagaian platform pembarigaan maklumat ke arah meningkatkan semangat kenegaraan dalam kalangan rakyat dan penduduk di negara ini.

Selain memeriahkan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan tahun ini, Kuiz Kenegaraan yang diadakan buat kali kedua ini juga dihasrat untuk meningkatkan semangat dan pengetahuan orang ramai mengenai peristiwa, perkara-perkara berbentuk kenegaraan dan sambutan-sambutan terdahulu dengan menjadikan akhbar rasmi kerajaan, Pelita Brunei sebagai sumber rujukan.

Sepanjang kuiz tersebut diadakan, ia telah berjaya menarik minat lebih 165 penyertaan dari pelbagai peringkat umur masyarakat.

Ia mula dilaksanakan sejak bulan Februari melalui dua platform media, iaitu melalui akhbar rasmi kerajaan, Pelita Brunei dan rangkaian-rangkaian radio (dengan kerjasama pihak Radio Televisyen Brunei).

Turut hadir pada majlis tersebut, Pemangku Timbalan Pengarah Penerangan dan pegawai-pegawai kanan jabatan berkenaan.

Kuiz Kenegaraan 1.jpg

Kuiz Kenegaraan 2.jpg

INFODEPT12-22.jpg

Kuiz Kenegaraan 25.jpg


Attachments
Created at 12/04/2023 10:50 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 12/04/2023 10:50 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim