Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Tidak ada kes berada dalam Kategori 5

27 mac.jpg

Siaran Akhbar dan Infografik : Kementerian Kesihatan

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 27 Mac. - Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan di Negara Brunei Darussalam menunjukkan sedikit peningkatan dalam masa satu minggu kebelakangan ini, di mana kadar purata harian kes pada minggu lepas ialah 201 kes sehari, berbanding dengan 168 kes sehari pada minggu sebelumnya.

Sebanyak 18,878 keputusan Ujian Pantas Antigen (ART) telah dimuat naik ke aplikasi BruHealth dalam masa satu minggu di mana 7.4 peratus daripadanya adalah keputusan ART yang positif.

Pada hari ini, tidak ada kes di dalam Kategori 5 iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU) manakala dua kes berada di dalam Kategori 4 iaitu mereka yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah peman

Sehingga Ahad, 26 Mac 2023, kadar liputan vaksinasi COVID-19 di Negara Brunei Darussalam kekal berada di tahap yang tinggi dengan 79.1 peratus daripada keseluruhan rakyat dan penduduk negara ini telah mendapatkan dos ketiga vaksin dan 12.1 peratus juga telah mendapatkan dos keempat.

da hari ini, sebanyak 202 kes baharu telah dilaporkan iaitu kesemuanya adalah daripada hasil ART dan tidak ada kes telah dikesan dari Ujian-ujian Makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu.

Semoga Negara Brunei Darussalam berserta seluruh rakyat dan penduduknya sentiasa terpelihara dari segala bencana dan wabak penyakit serta berada di dalam perlindungan Allah Subhanahu Wata'ala jua.


Attachments
Created at 03/04/2023 10:32 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 03/04/2023 01:45 PM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim