Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

12.1 peratus penduduk lengkap 4 dos vaksin

25 mac.jpg

Oleh : Dk. Naqayatul Akma Pg. Haji Ali / Infografik : Kementerian Kesihatan

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 25 Mac. - Sebanyak 228 kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan kes yang sembuh meningkat kepada 281,042.

Menurut Infografik Status Harian Normal Baharu COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini, dua kes berada di dalam Kategori 4, iaitu mereka yang memerlukan bantuan oksigen manakala tidak ada kes berada di bawah pemantauan rapi dan di dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU).

Sementara itu, menurut infografik yang dikeluarkan pada hari ini, satu kes kematian telah dicatatkan.

Bagi Program Vaksinasi setakat 25 Mac 2023, sebanyak 88.1 peratus kanak-kanak yang berumur 5 hingga 11 tahun menerima dua dos vaksin dan sebanyak 62.8 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun menerima tiga dos vaksin.

Sementara itu, sebanyak 79.1 peratus rakyat dan penduduk negara ini mendapatkan tiga dos vaksin dan 12.1 peratus menerima empat dos vaksin COVID-19.

Attachments
Created at 03/04/2023 10:13 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 03/04/2023 10:13 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim