Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Suntik semangat patriotisme

Oleh : Pg. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad / Foto: Hernie Suliana Haji Othman

TUTONG, Sabtu, 18 Mac. - Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik meneruskan lagi program Taklimat Kenegaraan bagi Institut Pendidikan Teknik Brunei (IBTE) dan Pusat Tingkatan Enam (PTE) dengan berkunjung ke PTE Tutong.

Seramai 285 penuntut menghadiri taklimat yang diadakan bertempat di Dewan Serbaguna, pusat berkenaan.

Turut hadir, Pemangku Pengetua, Awang Muhammad Shahnofazli bin Haji Sabli dan para tenaga pengajar pusat berkenaan.

Program antaranya bertujuan untuk menanamkan rasa cinta kepada raja, bangsa dan negara di samping menyuntik semangat patriotisme dalam diri para penuntut melalui taklimat yang disampaikan.

Program juga dihasratkan bagi mendukung Matlamat Wawasan Brunei 2035 dan inisiatif dalam Dasar Belia Negara dan Strategi 2020 - 2035.

Taklimat bertajuk 'Peranan dan Tanggungjawab Sebagai Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam' disampaikan oleh Ketua Unit Kenegaraan, Bahagian Penerbitan dan Komunikasi Strategik, Dayang Hajah Noorhijrah binti Haji Idris.

Kandungan taklimat antara lain menyentuh mengenai peranan dan tanggungjawab rakyat kepada negara dan pemerintah; masyarakat serta keluarga dalam sama-sama menyumbang untuk kesejahteraan negara.

41186bfa-435a-4eb9-aeb4-5d82ab7726b2.jfife21cd901-14ea-4cc1-b230-34cd34591dec.jfif

f464132d-6667-4fb8-9c73-c3680fe45622.jfif

fabbbbf6-ee3a-430a-a33d-d942dc104209.jfif

Attachments
Created at 22/03/2023 10:58 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 22/03/2023 10:58 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim