Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

1 kes COVID-19 dalam Kategori 4

10 mac.jpg

Oleh : Khartini Hamir / Infografik : Kementerian Kesihatan 

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 10 Mac. - Sebanyak satu kes dicatatkan berada di dalam Kategori 4, iaitu yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Sementara itu tidak ada kes dicatatkan di dalam Kategori 5.

Menurut Infografik Status Harian Normal Baharu COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, sebanyak 163 kes disahkan sembuh yang membawa jumlah keseluruhan kes yang sembuh meningkat kepada 278,535.

Bagi Program Vaksinasi pula setakat hari ini, sebanyak 88.0 peratus kanak-kanak yang berumur 5 hingga 11 tahun menerima dua dos vaksin dan sebanyak 62.7 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun menerima tiga dos vaksin.

Manakala sebanyak 79.1 peratus rakyat dan penduduk negara ini telah mendapatkan tiga dos vaksin dan 12.0 peratus telah menerima empat dos vaksin COVID-19.

Attachments
Created at 11/03/2023 09:54 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 11/03/2023 09:54 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim