Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

1 kes berada dalam Kategori 4

6 mac.jpg

Oleh : Srinarawie Bidzah / Infografik : Kementerian Kesihatan 


BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 6 Mac. - Sebanyak 158 kes COVID-19 disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan kes yang sembuh meningkat kepada 278,036.

Menurut Infografik Status Harian Normal Baharu COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini,  satu kes berada di dalam Kategori 4, iaitu mereka yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Manakala, tidak ada kes di dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU).

Bagi Program Vaksinasi setakat 6 Mac 2023, sebanyak 88.0 peratus kanak-kanak yang berumur 5 hingga 11 tahun menerima dua dos vaksin dan sebanyak 62.7 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun menerima tiga dos vaksin.

Sementara itu, sebanyak 79.1 peratus rakyat dan penduduk negara ini mendapatkan tiga dos vaksin dan 12.0 peratus menerima empat dos vaksin COVID-19.

 


Attachments
Created at 09/03/2023 09:45 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 09/03/2023 09:45 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim