Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Suntik semangat patriotisme penuntut

Oleh : Pg. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad / Foto: Awang Alishahrin Haji Mumin 

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 6 Mac. - Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik meneruskan lagi program Taklimat Kenegaraan bagi Institut Pendidikan Teknik Brunei (IBTE) dan Pusat Tingkatan Enam dengan berkunjung ke Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan khususnya bagi para penuntut Tingkatan Enam.

Seramai 184 orang penuntut menghadiri taklimat yang diadakan di Auditorium maktab berkenaan, petang tadi.

Turut hadir, Pengetua Maktab, Dayangku Hajah Norhasima binti Pengiran Haji Hassan, guru-guru kanan dan para tenaga pengajar.

Program antaranya bertujuan untuk menanamkan rasa cinta kepada raja, bangsa dan negara di samping menyuntik semangat patriotisme dalam diri para penuntut melalui taklimat yang disampaikan.

Program berkenaan juga dihasratkan bagi mendukung Matlamat Wawasan Brunei 2035 dan inisiatif dalam Dasar Belia Negara dan Strategi 2020 hingga 2035.

Taklimat bertajuk 'Peranan dan Tanggungjawab Sebagai Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam' disampaikan oleh Ketua Unit Kenegaraan, Jabatan Penerangan, Dayang Hajah Noorhijrah binti Haji Idris.

Kandungan taklimat antara lain menyentuh mengenai peranan dan tanggungjawab rakyat kepada negara dan pemerintah, masyarakat serta keluarga dalam sama-sama menyumbang untuk kesejahteraan negara.

IMG_5809b.jpg

IMG_5811b.jpg

IMG_5823b.jpg

IMG_5829b.jpg

IMG_5853b.jpg

IMG_5871b.jpg

Attachments
Created at 09/03/2023 08:59 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 09/03/2023 08:59 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim