Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

296 penuntut PTEM hadiri Taklimat Kenegaraan

Oleh : Haniza Abdul Latif / Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morsidi

MERAGANG, Selasa, 28 Februari. – Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik meneruskan lagi Program Taklimat Kenegaraan bagi Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) dan Pusat Tingkatan Enam dengan berkunjung ke Pusat Tingkatan Enam Meragang (PTEM).

Seramai 296 penuntut menghadiri taklimat yang diadakan bertempat di Dewan Serbaguna, PTEM, di sini.

Turut hadir, Pengetua PTEM, Awang Moss bin Mat Juni; guru-guru kanan dan para tenaga pengajar.

Program berkenaan antaranya bertujuan untuk menanamkan rasa cinta kepada raja, bangsa dan negara, di samping menyuntik semangat patriotisme dalam diri para penuntut melalui taklimat yang disampaikan.

Selain itu, program berkenaan juga dihasratkan bagi mendukung matlamat Wawasan Brunei 2035 dan inisiatif dalam Dasar Belia Negara dan Strategi 2020 hingga 2035.

Taklimat bertajuk 'Peranan dan Tanggungjawab Sebagai Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam' disampaikan oleh Ketua Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik, Bahagian Penerbitan dan Komunikasi Strategik, Jabatan Penerangan, Dayang Hajah Noorhijrah binti Haji Idris.

Kandungan taklimat antara lain menyentuh mengenai peranan dan tanggungjawab rakyat kepada negara dan pemerintah; masyarakat serta keluarga dalam sama-sama menyumbang untuk kesejahteraan negara.

WhatsApp Image 2023-02-28 at 2.47.09 PM (5).jpeg

WhatsApp Image 2023-02-28 at 2.47.09 PM (3).jpeg

WhatsApp Image 2023-02-28 at 2.47.09 PM (2).jpeg

WhatsApp Image 2023-02-28 at 2.47.09 PM (1).jpeg

WhatsApp Image 2023-02-28 at 2.47.09 PM.jpeg

Attachments
Created at 08/03/2023 04:32 PM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 08/03/2023 04:32 PM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim