Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

300 penuntut IBTE, PTE hadiri Taklimat Kenegaraan

Berita dan Foto : Marlinawaty Hussin

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 25 Februari. - Seramai 300 penuntut Institut Pendidikan Teknik Brunei (IBTE) Kampus Nakhoda Ragam menghadiri Taklimat Kenegaraan bagi IBTE dan Pusat Tingkatan Enam (PTE) yang diadakan di Dewan Serbaguna kampus berkenaan, di sini.

Dianjurkan oleh Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik, program berkenaan antara lain bertujuan untuk menanamkan rasa cinta kepada raja, bangsa dan negara, di samping menyuntik semangat patriotisme dalam diri para penuntut melalui taklimat yang disampaikan.

Program berkenaan juga dihasratkan bagi mendukung matlamat Wawasan Brunei 2035 dan inisiatif dalam Dasar Belia Negara dan Strategi 2020 hingga 2035.

Taklimat bertajuk 'Peranan dan Tanggungjawab Sebagai Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam' disampaikan oleh Pegawai Luar Penerangan, Unit Kenegaraan, Jabatan Penerangan, Dayang Zurairah binti Haji Lisa.

Kandungan taklimat antara lain menyentuh mengenai peranan dan tanggungjawab rakyat kepada negara dan pemerintah; masyarakat serta keluarga dalam sama-sama menyumbang untuk kesejahteraan negara.

Turut hadir, Pengetua IBTE Kampus Nakhoda Ragam, Armi Durani bin Haji Durhman dan tenaga pengajar kampus. 

20230225_0001.jpg

20230225_0003.jpg

Attachments
Created at 07/03/2023 10:23 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 07/03/2023 10:23 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim