Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Kategori 4, 5 catat sifar kes

21 feb.jpg

Oleh : Khartini Hamir / Infografik : Kementerian Kesihatan

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 21 Februari. - Menurut Infografik Status Harian Normal Baharu COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, tidak ada kes dicatatkan berada dalam Kategori 4 dan 5 yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU) atau yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Hari ini sebanyak 84 kes disahkan sembuh yang membawa jumlah keseluruhan kes yang sembuh meningkat kepada 276,608.

Bagi Program Vaksinasi pula setakat ini, sebanyak 87.9 peratus kanak-kanak yang berumur 5 hingga 11 tahun menerima dua dos vaksin dan sebanyak 62.7 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun menerima tiga dos vaksin.

Manakala sebanyak 79.1 peratus rakyat dan penduduk negara ini telah mendapatkan tiga dos vaksin dan 12.0 peratus telah menerima empat dos vaksin COVID-19.


Attachments
Created at 25/02/2023 10:12 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 25/02/2023 10:12 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim