Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Tanamkan semangat solidariti, patriotik

Oleh : Khartini Hamir / Foto : Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman 

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 7 Januari. - Program Taklimat Kenegaraan 'Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam' dihasrat akan dapat mengukuhkan lagi semangat solidaritipatriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut. 


Sehubungan ituJabatan PeneranganJabatan Perdana Menteri melalui Unit KenegaraanSeksyen Komunikasi Strategik mengadakan Program Taklimat Kenegaraan 'Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam' bagi Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI), di Dewan Puterisekolah berkenaan. 

 

Program yang dihadiri seramai 142 Penuntut Tahun 7 sekolah tersebut merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara. 

 

Juga hadirPengetua STPRI, Awang Haji Ismail bin Haji BrahimTimbalan Pengetua; guru-guru akademik; dan para tenaga pengajar sekolah berkenaan. 

 

Taklimat Kenegaraan disampaikan oleh Pegawai Luar Penerangan di Unit KenegaraanDayang Zurairah binti Haji Lisa, antaranya menyentuh mengenai raja Kita, tatacara menaik-kibarkan bendera negara, iaitu hendaklah memastikan bendera negara dalam keadaan sempurna dan bersihtidak koyak dan pudar warnanya serta sejarah Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan'. 

 

Para penuntut berpeluang menyaksikan tayangan klip video animasi, 'Tatacara Menaikkan Bendera Negara'. 

 

Taklimat diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para penuntut yang berjaya menjawab Kuiz Kenegaraandikendalikan oleh Jabatan Penerangan. 

 

INFODEPT13_01 UK.jpg

INFODEPT13_02 UK.jpg


INFODEPT13_08 UK.jpg

INFODEPT13_12 UK.jpg

Attachments
Created at 11/01/2023 11:00 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 02/02/2023 10:02 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim