Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Suntik semangat patriotik, kenegaraan dalam diri pelajar

​Berita dan Foto : Hernie Suliana Haji Othman

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 5 Januari. - Seramai 123 penuntut Tahun 7 Maktab Sultan Omar 'Ali Saifuddien (SOAS) menghadiri Taklimat Kenegaraan anjuran Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik bertempat di auditorium maktab berkenaan.

Program Taklimat Kenegaraan bertajuk 'Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam' merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara.

Ia juga dihasratkan akan dapat mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut.

Pengisian taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Perhubungan Awam, Dayang Akidahamalina binti Haji Awang Md. Ya'akub, antaranya menyentuh mengenai sejarah awal hidup raja kita iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sebelum menaiki takhta sehingga sekarang.

Selain itu, para penuntut juga didedahkan kepada tata cara menaik-kibarkan bendera negara yang betul dan sejarah Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan' serta menyaksikan klip video animasi 'Tatacara Menaikkan Bendera Negara'.

Turut hadir, Pengetua Maktab SOAS, Mohamad Santra bin Haji Bolhasan; pegawai-pegawai akademik dan tenaga pengajar.

Taklimat diakhiri dengan penyampaian hadiah oleh pengetua sekolah kepada para penuntut yang berjaya menjawab Kuiz Kenegaraan yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan.

INFODEPT08_001.jpg 

INFODEPT08_003.jpg 

INFODEPT08_004.jpg

INFODEPT08_008.jpg

Attachments
Created at 07/01/2023 05:17 PM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 07/01/2023 05:17 PM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim