Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

89 Penuntut ISB hadiri Taklimat Kenegaraan

​Oleh : Haniza Abdul Latif / Foto : Hamzah Mohidin

SALAMBIGAR, Rabu, 4 Januari. - Seramai 89 Penuntut Tahun 7 Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) menghadiri Program Taklimat Kenegaraan 'Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam', bertempat di Bilik Teater, sekolah berkenaan.

Dianjurkan oleh Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik, program itu merupakan salah satu usaha berterusan jabatan berkenaan dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara, di samping dihasrat akan dapat mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik serta kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut.

Berangkat sama menghadiri taklimat kenegaraan tersebut, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah binti Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.

Turut hadir, para tenaga pengajar sekolah berkenaan.

Taklimat Kenegaraan disampaikan oleh Ketua Unit Kemasyarakatan, Jabatan Penerangan, Awang Mohammad Azyzul Azman @ Rosman bin Yakub, antaranya menyentuh mengenai raja kita, tatacara menaik-kibarkan bendera negara, keadaan bendera negara yang dinaik-kibarkan, iaitu hendaklah dalam keadaan sempurna dan bersih, serta tidak koyak dan pudar warnanya, selain sejarah Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, 'Allah Peliharakan Sultan'.

Taklimat diakhiri dengan Penyampaian Hadiah kepada para penuntut yang berjaya menjawab Kuiz Kenegaraan yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan. 

INFODEPT05-002.jpg

INFODEPT05-004.jpg

INFODEPT05-008.jpg

INFODEPT05-011.jpg

INFODEPT05-013.jpg

Attachments
Created at 07/01/2023 04:24 PM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 07/01/2023 04:34 PM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim