Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Bariga usaha kerajaan, dukung aspirasi negara

​Oleh : Noraisah Haji Muhammed / Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman, Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman, Alishahrin Haji Mumin

 





BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa 20 Disember - Program Masyarakat Bermaklumat (PMB) anjuran Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan membarigakan perkembangan serta usaha-usaha kerajaan dalam meningkatkan taraf hidup rakyat melalui taklimat-taklimat serta lawatan-lawatan.

 

Program dihasrat akan dapat mengukuhkan jati diri dan menyuntik semangat dalam terus memberikan kerjasama dalam mendukung aspirasi negara.

 

Perkara tersebut disentuh oleh Ketua Cawangan Penerangan Daerah Belait selaku Pengerusi Program, Dayang Hajah Liyana binti Haji Suhaimi, dalam ucapan alu-aluannya kepada seramai 43 Muslimah Masjid Jamalul Alam, Kuala Belait dalam program tersebut, yang diadakan selama satu hari, di Dewan Auditorium, Bangunan Tambahan, jabatan berkenaan.

 

Tetamu kehormat pada majlis tersebut, Pegawai Penerangan Kanan, Dayang Hajah Hamsah binti Datu Kerna Haji Jaya.

 

Turut hadir, Guru Ugama Terlatih dan Tenaga Pembimbing selaku Ketua Rombongan, Dayang Norfazillah binti Haji Sapar.

 

Atur acara sebelah pagi dimulakan dengan taklimat, bertajuk Peranan Darussalam Enterprise (DARe) dalam Pembangunan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dari DARe, disampaikan oleh Pengurus dan Ketua Pasukan untuk Sokongan Kerajaan dan Perniagaan di DARe, Dayangku Hajah Siti Normadinah binti Pengiran Haji Omarali.

 

Beliau mengongsikan penubuhan DARe dihasrat akan dapat membangunkan perusahaan untuk menjadi penggerak perkembangan ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan.

 

Sementara taklimat yang kedua mengenai Konsep Makanan Halal dalam Islam, disampaikan oleh Pegawai Ugama, Dayang Hazimah binti Haji Aji.

 

Antara lain, beliau menyentuh mengenai Akta Daging Halal Penggal 183 dan Perintah Sijil Halal dan Label Halal 2005.

 

Manakala sesi taklimat sebelah pagi diakhiri dengan taklimat, bertajuk Peranan dan Tanggungjawab Rakyat dan Penduduk kepada Raja dan Negara, disampaikan oleh Pegawai Luar Penerangan, Dayang Zurairah binti Haji Lisa.

 

Isi taklimat yang disampaikan menyentuh mengenai peranan dan tanggungjawab rakyat kepada negara dan pemerintah dalam sama-sama menyumbang untuk kesejahteraan negara.

 

Program diakhiri dengan lawatan di ke tiga buah tempat, di mana para peserta berpeluang membuat Lawatan ke Galeri Lentera Makmur, Jabatan Penerangan; Masjid Sufri Bolkiah Berakas; dan Inkubator Makanan Perusahaan Kecil (IMPK), Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, di Kampung Kilanas.


INFO_1.jpg

INFO_2.jpg

INFO_3.jpg

INFO_4.jpg



Attachments
Created at 21/12/2022 12:10 PM by Ernie Erma Binti Haji Salihudin
Last modified at 21/12/2022 12:10 PM by Ernie Erma Binti Haji Salihudin