Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

11.1 peratus penduduk menerima 4 dos vaksin

​Oleh : Dk. Naqayatul Akma Pg. Haji Ali



BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 18 November. - Sebanyak 531 kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan kes yang sembuh meningkat kepada 245,971. Menurut Infografik Status Harian Normal Baharu COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini, dua kes berada di dalam Kategori 4, iaitu mereka yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi, manakala satu kes berada di dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU). Bagi Program Vaksinasi setakat 18 November 2022, sebanyak 86.6 peratus kanak-kanak yang berumur 5 hingga 11 tahun menerima dua dos vaksin dan sebanyak 61.9 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun menerima tiga dos vaksin. Sementara itu, sebanyak 78.8 peratus rakyat dan penduduk negara ini mendapatkan tiga dos vaksin dan 11.1 peratus menerima empat dos vaksin COVID-19.


181122.jpg



Attachments
Created at 20/12/2022 11:38 AM by Ernie Erma Binti Haji Salihudin
Last modified at 20/12/2022 11:38 AM by Ernie Erma Binti Haji Salihudin