Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

592 kes disahkan sembuh

​Oleh : Muhammad Khairulanwar Ali Rahman



BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 17 November. - Sebanyak 592 kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan kes yang sembuh meningkat menjadi 245,440. Menurut Infografik Status Harian Normal Baharu COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini, enam kes berada di dalam Kategori 4, iaitu mereka yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi. Sementara itu, tidak ada kes dicatatkan di dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU). Bagi Program Vaksinasi pula setakat hari ini, sebanyak 86.5 peratus kanak-kanak yang berumur 5 hingga 11 tahun menerima dua dos vaksin dan sebanyak 61.9 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun menerima tiga dos vaksin. Manakala sebanyak 78.8 peratus rakyat dan penduduk negara ini mendapatkan tiga dos vaksin dan 11.1 peratus menerima empat dos vaksin COVID-19.


171122.jpg



Attachments
Created at 20/12/2022 10:56 AM by Ernie Erma Binti Haji Salihudin
Last modified at 20/12/2022 10:56 AM by Ernie Erma Binti Haji Salihudin