Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

COVID-19 : 663 disahkan sembuh

​Oleh : Muhammad Zulkamal Awang Haji Kamis

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 9 Ogos. - Sebanyak 663 kes telah disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan kes yang sembuh di Negara Brunei Darussalam meningkat kepada 211,184. Sementara itu, tidak ada kes sedang berada dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU). Manakala, sebanyak empat kes sedang berada dalam Kategori 4, iaitu mereka yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi. Dalam masa yang sama, dua kes COVID-19 telah dilaporkan meninggal dunia pada hari ini. Menurut infografik Status Harian Normal Baharu COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini, bagi Program Vaksinasi setakat 9 Ogos 2022, sebanyak 81.2 peratus kanak-kanak yang berumur 5 hingga 11 tahun telah menerima dua dos vaksin dan sebanyak 54.5 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah menerima tiga dos vaksin. Manakala sebanyak 75.7 peratus rakyat dan penduduk negara ini telah mendapatkan tiga dos vaksin dan sebanyak 7.9 peratus telah menerima empat dos vaksin COVID-19.

covid news 6.jpg


Attachments
Created at 16/12/2022 11:52 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 16/12/2022 11:52 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim