Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

711 kes COVID-19 disahkan sembuh

​Oleh : Khartini Hamir

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 6 Ogos. - Sebanyak 711 kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan kes yang sembuh meningkat menjadi 209,387. Walau bagaimanapun, satu kes kematian dicatatkan hari ini. Menurut Infografik Status Harian Normal Baharu COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini, sebanyak satu kes berada di dalam Kategori 4, iaitu mereka yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi. Sementara itu, tidak ada kes berada di dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU). Bagi Program Vaksinasi pula setakat hari ini, sebanyak 80.8 peratus kanak-kanak yang berumur 5 hingga 11 tahun menerima dua dos vaksin dan sebanyak 54.1 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun menerima tiga dos vaksin. Sementara itu, sebanyak 75.4 peratus rakyat dan penduduk negara ini mendapatkan tiga dos vaksin dan 7.6 peratus menerima empat dos vaksin COVID-19.

covid news 4.jpg


Attachments
Created at 14/12/2022 06:01 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 14/12/2022 06:01 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim