Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

7.5 peratus penduduk lengkap 4 dos vaksin

Oleh : Dk. Naqayatul Akma Pg. Haji Ali

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 5 Ogos. - Sebanyak 685 kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan kes yang sembuh meningkat kepada 208,676. Menurut Infografik Status Harian Normal Baharu COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini, sebanyak satu kes berada di dalam Kategori 4, iaitu mereka yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi. Sementara itu, tidak ada kes berada di dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU). Bagi Program Vaksinasi setakat 5 Ogos 2022, sebanyak 80.7 peratus kanak-kanak yang berumur 5 hingga 11 tahun menerima dua dos vaksin dan sebanyak 54.0 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun menerima tiga dos vaksin. Sementara itu, sebanyak 75.4 peratus rakyat dan penduduk negara ini mendapatkan tiga dos vaksin dan 7.5 peratus menerima empat dos vaksin COVID-19.

covid news 3.jpg


Attachments
Created at 14/12/2022 05:52 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 14/12/2022 05:52 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim