Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Program Masyarakat Bermaklumat terus digiatkan 

Oleh :Rohani Haji Abdul Hamid / Foto : Mohammad HatralHazmi Awang Abdul Hamid 

BERAKAS, Selasa, 15 November. - Dalam usaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan membarigakan perkembangan terkini mengenai usaha-usaha kerajaan ke arah mempertingkatkan taraf hidup dan menginspirasikan anggota masyarakat melalui aktiviti keusahawanan, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri (JPM), hari ini mengadakan Program Masyarakat Bermaklumat (PMB). 

Program tersebut melibatkan seramai 29 Jemaah Muslimah dari Masjid Hassanal Bolkiah Rancangan Perumahan Negara Kampung Mentiri, Masjid Kampung Sungai Bunga dan Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Kampung Sungai Akar yang berlangsung di Dewan Auditorium, Bangunan Tambahan, Jabatan Penerangan, Berakas. 

Terdahulu, Pemangku Pegawai Penerangan Kanan, Awang Muhd. Khairulhadi bin Haji Muhd. Muhtaddir selaku pengerusi dalam ucapannya menyentuh mengenai program tersebut yang merupakan salah satu landasan Jabatan Penerangan untuk menyampaikan maklumat rasmi mengenai dasar dan maksud kerajaan agar semua anggota masyarakat memahami, menyokong dan menghayatinya secara berkesan melalui penyampaian taklimat, sesi dialog dan lawatan. 

“Program ini juga diharap agar dapat menjadi agenda dan platform kerjasama yang unggul bagi membina jambatan perhubungan yang kukuh di antara Jabatan Penerangan dan semua anggota masyarakat dan akan diteruskan pada masa yang akan datang untuk mengeratkan lagi hubungan yang sudah terjalin erat," tambah beliau. 

Turut hadir ialah Pemangku Timbalan Pengarah Penerangan, Dayang Hajah Hamsah binti Datu Kerna Haji Jaya. 

Perisian program diisikan dengan penyampaian taklimat yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Penerangan, Ketua Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik, Dayang Hajah Noorhijrah binti Haji Idris yang bertajuk 'Peranan dan Tanggungjawab Rakyat dan Penduduk Negara Brunei Darussalam'. 

Taklimat tersebut menekankan akan pentingnya menanamkan rasa cinta kepada raja, bangsa dan negara, peranan dan tanggungjawab rakyat kepada negara dan pemerintah, masyarakat serta keluarga dalam sama-sama menyumbang untuk kesejahteraan negara. 

Taklimat seterusnya adalah mengenai Wawasan Brunei 2035 daripada Sekretariat Tetap Wawasan Brunei 2035, JPM yang mengongsikan beberapa inisiatif dan perkembangan terkini yang dilaksanakan ke arah menuju wawasan negara dalam bidang pendidikan, sumber tenaga manusia, sektor kesihatan, infrastruktur dan peningkatan keberkesanan dan produktiviti sektor awam. 

Taklimat mengenai peranan, dasar dan peraturan dari Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) pula telah menghuraikan mengenai Perintah Kastam 2006 dan Perintah Eksais 2006, barang-barang sekatan dan larangan, tatacara memohon eksport dan import barang, prosedur memproses deklarasi, tatacara permohonan barang transit dan pindah barang, cukai, penguatkuasaan kawalan barangan subsidi dan kesalahan-kesalahan dan penalti Kastam. 

WhatsApp Image 2022-11-16 at 3.38.07 PM.jpeg

3c1da4b3-b152-42b8-b9c8-e82bd3830d19.jpg

548fb5be-fa22-472b-b6d6-2c1999a915ba.jpg


Attachments
Created at 17/11/2022 10:31 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 17/11/2022 10:31 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim